Artikel
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur telah diadakan serentak dengan lawatan kerja YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar ke Kontinjen Kuala Lumpur pad...
Kuala Lumpur - 1 Disember 2010
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pagi ini. Majlis yang bermula pada 9.45 pagi ini dihadiri oleh YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Hj Ismail, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan sambutan ketibaan YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dengan 'Hormat Panglima' dari Kawalan Kehormatan IPK Kuala Lumpur. Selesai sahaja perbarisan oleh Kawalan Kehormatan, semua jemputan dijemput ke Dewan Meranti IPK Kuala Lumpur untuk meneruskan lagi majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rosli bin Daud dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPK Kuala Lumpur. Selepas itu majlis menjemput YDH Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman dan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah untuk menyempurnakan upacara Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara. Upacara ini disempurnakan dengan penyerahan Dokumen Serah Terima Tugas dan juga Tongkat Kuasa oleh YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman kepada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah.
Sempurna sahaja upacara Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur, majlis seterusnya diteruskan dengan Upacara Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur antara YBhg Datin Wira Wan Safiah binti Hj Wan Salleh dan YBhg Datin Noraini binti Abdul Jalil disaksikan oleh Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur YDH ACP Hajah Fatimah binti Abdul Hamid.
Seterusnya ucapan daripada YDH Dato' Wira Muhamad Sabtu bin Osman dan diikuti dengan ucapan daripada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah. Majlis di akhiri dengan amanat dari Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar sebagai mengakhiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur ini.
Selesai sahaja majlis pada pagi ini, satu sidang media telah diadakan di Dewan Meranti ini antara YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar Ketua Polis Negara, YDH Datuk Hussin bin Hj Ismail serta Pengarah-pengarah Jabatan PDRM bersama wakil-wakil media sebelum semua jemputan bersurai untuk ke majlis jamuan makan dan sesi bergambar di perkarangan IPK Kuala Lumpur.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar Ketua Polis Negara memeriksa baris Kawalan Kehormatan IPK Kuala Lumpur..

Penyerahan Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur oleh YDH Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman (kiri) kepada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah (kanan) disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail..

Penyerahan Tongkat Kuasa oleh YDH Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman kepada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah..

Penyerahan Dokumen Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP oleh YBhg Datin Wira Wan Safiah binti Hj Wan Salleh (kiri) kepada YBhg Datin Noraini binti Abdul Jalil (kanan) dan disaksikan oleh YDH ACP Hajah Fatimah binti Abdul Hamid Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur..

YDH Dato' Wira Muhammad Sabtu menyampaikan ucapan kepada yang hadir..

YDH Dato Pahlawan Zulkifli menyampaikan ucapan beliau kepada para yang hadir..

YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail menyampaikan amanat kepada yang hadir sebelum majlis selesai..

Antara yang hadir semasa majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur pagi tadi..

Sesi bergambar bersama YDH IGP dan DIG..

Sesi bergambar ahli-ahli PERKEP Kuala Lumpur..