Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Gagalkan Cubaan Larikan Bmw

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Tindakan pantas anggota polis dari Balai Wangsa Maju yang tiba di lokasi kejadian samun kereta selepas dihubungi dalam masa kurang satu minit berjaya menggagalkan cubaan melarikan sebuah kereta mewah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-gagalkan-cubaan-larikan-bmw
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:00 MYT
Polis Gagalkan Cubaan Larikan BMW
 
>

Tindakan pantas anggota polis dari Balai Wangsa Maju yang tiba di lokasi kejadian samun kereta selepas dihubungi dalam masa kurang satu minit berjaya menggagalkan cubaan melarikan sebuah kereta mewah jenis BMW dalam satu cubaan samun di Wangsa Maju, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, seorang pemuda berusia 28 tahun bertindak menghubungi polis selepas melihat kereta mewah BMWX6 miliknya cuba dipecah masuk untuk dilarikan dua penjenayah yang tidak memperdulikannya.

Suspek yang panik dengan kehadiran anggota polis bertindak melarikan diri dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang turut melanggar 10 kereta yang diletakkan di tepi jalan, di situ ketika dikejar polis sejauh lima kilometer.

Namun kedua-dua suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai selepas MPV mereka terbabas di Seksyen 5.

Sumber : Akhbar Berita Harian

Polis Gagalkan Cubaan Larikan Bmw

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM