Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Santuni Bekas Timbalan Kpn

Diterbitkan: 17 Nov 2022 2.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa menyantuni bekas Timbalan KPN, Tan Sri Hj. Mazlan Lazim di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-bekas-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:32 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa menyantuni bekas Timbalan KPN, Tan Sri Hj. Mazlan Lazim di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras di sini, petang tadi.

Terdahulu, Tan Sri Hj. Mazlan Lazim dikhabarkan diserang angin ahmar ketika melakukan lawatan ke Turkiye pada 23 Oktober yang lalu dan telah dibawa pulang ke tanah air untuk rawatan susulan di HCTM pada petang semalam.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Acryl Sani telah memberikan kata-kata semangat kepada beliau agar terus tabah dengan dugaan yang dihadapi serta mendoakan agar kembali pulih seperti sedia kala.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah (KPD) Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan, Timbalan KPD Cheras, Superintendan Annas Sulaiman dan Ketua Balai Polis Cheras, ASP Mohd Redzuan Md Darus.

May be an image of 5 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2022 2.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM