Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pru 15 Polis Buka 30 Kertas Siasatan Dan Tahan Tujuh Individu

Diterbitkan: 17 Nov 2022 2.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 16 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 30 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-polis-buka-30-kertas-siasatan-dan-tahan-tujuh-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:17 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 30 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Seri Hazani Ghazali dalam kenyataan berkata, ia melibatkan lima kertas siasatan di Perak, Kelantan (4), Negeri Sembilan (4), Selangor (3), Pahang (3), Sarawak (3), Kedah (3), Kuala Lumpur (2) manakala Terengganu, Sabah dan Melaka, masing-masing satu.

Beliau berkata antara kesalahan yang disiasat adalah berkaitan perbuatan menghasut, ugutan jenayah, merosakkan bendera dan papan tanda milik parti politik.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427, 436, 505(b) Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

CP Dato' Sri Hazani berkata tujuh individu ditahan semalam termasuk dua masing-masing di Sarawak dan Kelantan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2139291

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pru 15 Polis Buka 30 Kertas Siasatan Dan Tahan Tujuh Individu


ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2022 2.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM