
Artikel
Posting Pilihan Kpn Bersama Pucuk Pimpinan Agensi Kerajaan Sembah Mengadap Agong Di Istana Negara
Kuala Lumpur, 16 November 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama pucuk pimpinan agensi kerajaan telah membuat sembah...
Kuala Lumpur, 16 November 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama pucuk pimpinan agensi kerajaan telah membuat sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara, pagi tadi.
Sembah taklimat berkenaan langkah persediaan menghadapi banjir oleh agensi-agensi kerajaan itu juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Dato' Ir. Dr. Md. Nasir Md. Noh, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Hj. Wahid dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pasca Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus.
Pada sesi persembahan taklimat itu, Seri Paduka Baginda bertitah semua agensi perlu menitikberatkan koordinasi bantuan dan operasi menyelamatkan mangsa banjir bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan, tepat dan cepat selain memastikan tidak berlaku pertindihan tugas ketika dilaksanakan.
Sumber: Istana Negara




