
Artikel
Kpn Rasmi Program Khatan Perdana Anak Anak Warga Pdrm
Kuala Lumpur, 17 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini berbesar hati merasmikan Program Khatan Perdana ana...
Kuala Lumpur, 17 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini berbesar hati merasmikan Program Khatan Perdana anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Masjid Bukit Aman, pagi tadi.
Seramai 82 orang kanak-kanak daripada 62 buah keluarga yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur - Laman Rasmi (PULAPOL) menyertai program tersebut.
Tan Sri Acryl Sani ketika berucap dalam majlis perasmian menyatakan bahawa beliau yakin dengan kepakaran 10 orang doktor yang diketuai oleh Ketua Unit Urologi HCTM, Profesor Dato' Dr. Zulkifli Md Zainuddin bersama 50 orang pembantu perubatan HCTM proses berkhatan akan berjalan dengan lancar.
Selain itu, Tan Sri Acryl Sani juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada para peserta yang menyertai program terbabit dan merakamkan penghargaan kepada Ronald McDonald House of Charities (RMCH) Malaysia atas penajaan makanan kepada kanak-kanak dalam program tersebut.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selaku pengerusi jawatankuasa penganjur, CP Dato Sri' Azri Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/ Kepolisan Am), JIPS Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Afandi Senin, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM, Profesor Dato' Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengurus Besar RMHC Malaysia, Encik Mohd Nasri Mohd Nordin serta warga PDRM Bukit Aman.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.