Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Tinjau Atur Gerak Pdrm Pada Hari Kedua Sar Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali

Diterbitkan: 17 Dec 2022 2.39 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini sekali lagi turun padang meninjau atur gerak penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi sahabat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tinjau-atur-gerak-pdrm-pada-hari-kedua-sar-tragedi-tanah-runtuh-di-batang-kali
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:37 MYT
 
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini sekali lagi turun padang meninjau atur gerak penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi sahabat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini.

Beliau turut mendengar taklimat perkembangan terkini situasi bencana daripada Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Superintendan Suffian Abdullah.

Memetik laporan media massa, beliau telah mengarahkan agar petugas PKTK terus memberi maklumat secukupnya kepada media yang berperanan sebagai penghubung antara perkembangan di lokasi dengan masyarakat di luar.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof

May be an image of 7 people

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, outdoors and text that says 'POLIS'

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2022 2.39 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM