Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Jspt Rasmi Pelepasan Rbv5 Tahun 2022

Diterbitkan: 17 Dec 2022 5.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Puncak Alam, 17 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mat Kasim Karim telah merasmikan pelepasan Ride Bersekutu Volume 5 (RBV5) tahun 2022 bertempat di Dataran Golf, Driving Range, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jspt-rasmi-pelepasan-rbv5-tahun-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:45 MYT

Puncak Alam, 17 Disember 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mat Kasim Karim telah merasmikan pelepasan Ride Bersekutu Volume 5 (RBV5) tahun 2022 bertempat di Dataran Golf, Driving Range, di sini, awal pagi tadi.

Program yang terhasil dengan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kelab Storm Rider, Puncak Alam Niaga Holdings Berhad (PNHB) itu telah melibatkan penyertaan daripada beberapa buah kelab permotoran semenanjung Malaysia.

Beliau yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, seiring dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', PDRM berbesar hati menjalinkan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan badan-badan sukarela dalam apa juga program yang bermaanfaat.

"PDRM sentiasa berusaha mendekati orang awam bagi menyampaikan maklumat dalam usaha memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis diadakan.

Program RBV5 anjuran Gabungan Kelab-kelab Permotoran Malaysia kali ini disertai 140 buah motosikal berkapasiti 10 liter ke bawah dan 400 buah motosikal berkapasiti 10 liter ke atas bermula dari Puncak Alam Driving Range dan berakhir di Seberang Prai, Pulau Pinang.

RBV5 tahun 2022 merupakan rentetan daripada program pertama yang dianjurkan pada tahun 2016 dengan tujuan untuk mempromosikan kempen keselamatan jalan raya di samping meningkatkan kesedaran mengenai semangat kesukarelawan dan mengeratkan silaturahim antara kelab-kelab permotoran di Malaysia.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif PNHB merangkap penaung dan penasihat Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R) dan penaung program RBV5, Tan Sri Rozali Ismail, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Mohd Azmi Jaafar, Presiden KB2R, Dato' Samsuri Rahmat, Pengerusi program RBV5, Norliza Ramli dan para pegawai kanan polis serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 6 people, people standing, motorcycle, outdoors and text that says 'SMIAN & PELEPASAN #5 2022 KONVOI AUP® SANG YAMAHA HONDA'

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'YATIM POLIS'

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and text

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 6 people and outdoors

No photo description available.

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2022 5.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM