Bengkel Transformasi PDRM 2013
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Port-Dickson - 11 September. Di
atas dasar memenuhi keperluan masyarakat, kerajaan telah memperkenalkan
polisi-polisi baru antaranya Program Transformasi Kerajaan atau GTP
yang kini telahpun memasuki ke fasa yang kedua. Selari dengan hasrat
tersebut, maka PDRM juga harus berubah dan bergerak di dalam arus
perdana ke arah membina PDRM sebagai World Class Police.
Matlamat utama perubahan yang dijana termasuklah untuk memberi perkhidmatan atau sistem penyampaian yang terbaik kepada stakeholder terlibat iaitu masyarakat dan negara. Oleh itu, PDRM memerlukan satu sistem tadbir urus yang cemerlang di dalam organisasi kerana tadbir urus yang terbaik dan cemerlang adalah amat penting bagi menghadapi cabaran ini dengan berkesan.
"Di atas dasar itulah, buat julung kalinya, PDRM telah menganjurkan Bengkel Transformasi PDRM 2013 ‘Governance Structure And Organisational Design’, bukanlah seperti bengkel lain yang biasa diadakan tetapi ia merupakan bengkel yang mampu memberikan impak yang signifikan kepada organisasi PDRM dengan menyasarkan peserta-peserta yang merupakan peneraju di dalam jabatan-jabatan organisasi ini. Berbekalkan penyusunan program yang padat dan penuh informatif dengan analisis semasa, saya yakin agenda transformasi yang ingin diperoleh melalui bengkel ini akan mencapai objektifnya’ antara ucapan aluan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Dewan Seri Menanti, Thistle Resort, Port-Dickson malam tadi.
Tambah beliau lagi, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman kepada pihak pengurusan atasan PDRM akan keperluan bagi mengatur strategi yang berkesan agar organisasi ini dapat melaksanakan perubahan selari dengan arus perdana serta bersedia dalam menghadapi cabaran dan keperluan semasa yang melangkaui ekspektasi kita pada hari ini.
Majlis Perasmian Bengkel Transformasi PDRM 2013 ‘Governance Structure And Organisational Design’ telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
"Pengisian bengkel ini bukan sahaja berkisar untuk mentakrifkan semula peranan dan tanggungjawab PDRM mengikut perspektif dan ekspektasi stakeholders, bahkan ia turut bertujuan untuk mewujudkan struktur urus tadbir (Governance Structure) yang efektif dan mampan melalui akauntabiliti eksekutif (executive accountabilities) yang dibentuk ke arah era baru PDRM. Resolusi bengkel ini juga kelak yang akan menentukan keutamaan dan keberhasilan (key result) yang dirangkumkan dalam Pelan Strategik PDRM", ucap YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Beliau juga berharap bengkel ini akan menghasilkan resolusi-resolusi baru bagi hala tuju PDRM yang lebih 'advancement' serta pragmatik, sekaligus akan menjadi satu titik lonjakan transformasi operasi dan urus tadbir PDRM yang lebih inovatif dan komprehensif selaras dengan kematangan dan prestij PDRM sebagai sebuah organisasi utama penguatkuasaan di negara ini.
Turut
hadir di majlis tersebut, YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar,
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohd
Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Datuk Seri Mohd
Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Mortadza
bin Nazarene, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Bengkel Transformasi PDRM 2013, YDH Pengarah-Pengarah PDRM,
Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kementerian Dalam
Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan peserta bengkel.
Majlis Perasmian Bengkel Transformasi PDRM 2013 ‘Governance Structure And Organisational Design’
Pengacara majlis...
Memimpin doa selamat...
Ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Negara
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri
Antara yang hadir...
Penyampaian cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara
Bergambar kenangan...