Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine

Published: 12 Aug 2014 10.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau telah mengetuai kumpulan tersebut ke Ukraine selama lebih kurang 2 minggu bagi membantu dan mendapatkan maklumat dalam misi pencarian mayat penumpang dan krew penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-petugas-khas-pdrm-selamat-tiba-dari-ukraine
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:08 MYT


Sepang, 12 Ogos 2014 – Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar bersama sekumpulan 34 petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Ukraine  telah selamat sampai di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi ini.

Beliau telah mengetuai kumpulan tersebut ke Ukraine selama lebih kurang 2 minggu bagi membantu dan mendapatkan maklumat dalam misi pencarian mayat penumpang dan krew penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. 

“Saya amat berbangga dengan semangat pegawai dan anggota yang telah terlibat dalam misi pencarian ini yang tidak mengenal erti penat. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang terpaksa kami lalui seperti kesukaran untuk berinteraksi dengan penduduk, kesukaran dalam bentuk logistik, dan kesukaran keluasan radius pencarian yang terhad di sebuah negara yang sedang bergolak,” ucap ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara turut menyatakan bahawa kita mesti berada di sana kerana MH17 adalah milik Malaysia, kita patut mempertahankan hak-hak kita. Disamping itu, beliau juga amat berterima kasih dengan seluruh warga Malaysia kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anggota-anggota petugas dalam menjalankan misi tersebut. 

“Di Kiev, pegawai dari London akan ditugaskan sementara di sana bagi menghadiri sebarang mesyuarat yang akan dihadiri oleh Belanda dan Rusia serta OSCE untuk berunding mengenai gencatan senjata serta siasatan nahas. Manakala di Belanda pula, pegawai dari Malaysia akan dihantar dalam minggu ini bagi bekerjsama dengan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang dianggotai Malaysia, Belanda dan Australia yang terbabit dalam proses mengenal pasti mayat,” Tambah Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara telah disambut oleh Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, Pegerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Pengarah-pengarah PDRM, dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara Di KLIA.

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Ketibaan Ketua Polis Negara disambut oleh isteri tersayang..

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Ketibaan Ketua Polis Negara disambut oleh isteri tersayang..

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Ketibaan Ketua Polis Negara di Balai Ketibaan KLIA...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Sekitar ketibaan...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Sekitar Ketibaan...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Petugas-petugas Khas PDRM yang baru tiba...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Ucapan daripada Timbalan Ketua Polis Negara....

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Ucapan balas daripada Ketua Polis Negara...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Sidang media Ketua Polis Negara...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Petugas-petugas khas PDRM disambut oleh keluarga masing-masing...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Petugas-petugas khas PDRM disambut oleh keluarga masing-masing...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Sesi bergambar kenangan bersama petugas-petugas khas PDRM...

Kpn Dan Petugas Khas Pdrm Selamat Tiba Dari Ukraine
Ketua Polis Negara beredar dari KLIA...
ArticlePublished 12 Aug 2014 10.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM