Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komander Briged Tengah Pga Cheras

Diterbitkan: 12 Aug 2014 10.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau yang akan bertugas di tempat baharu di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Sabah sebagai Ketua Staf Briged PGA ESSCOM Jabatan Perdana Menteri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-timbalan-komander-briged-tengah-pga-cheras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:22 MYT

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KOMANDER BRIGED TENGAH PGA CHERAS

Cheras, 11 Ogos – SAC Haji Junaid Haji Zakaria menyerahkan tugas beliau sebagai Timbalan Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) kepada Supritendan Amir Hassan Bustamam dalam satu majlis ringkas yang diadakan di bilik gerakan Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras, semalam.

Beliau yang akan bertugas di tempat baharu di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Sabah sebagai Ketua Staf Briged PGA ESSCOM Jabatan Perdana Menteri.

Tempat beliau diambil alih oleh Supritendan Amir Hassan Bustamam yang dahulunya memegang jawatan sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA.

Majlis serah terima tugas telah disaksikan oleh Komander Briged Tengah PGA SAC Dato’ Mohd Rodzi Ismail dan dihadiri oleh semua pegawai kanan dan anggota dari batalion 4,5,6 dan 19 serta Ibu Pejabat Briged Tengah.

Dalam majlis yang sama turut diadakan upacara penyerahan tugas Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Nailawati Arifin kepada Saemah Ithnin dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Briged Tengah, Datin Hamisah Ahmad.

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komander Briged Tengah Pga Cheras
Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas

Bergambar kenangan

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komander Briged Tengah Pga Cheras
Bergambar kenangan

ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2014 10.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM