Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Berlepas Ke London

Published: 11 Jun 2014 8.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam rangka lawatan itu, YDH Tan Sri Haji Ismail akan menyampaikan taklimat tentang keselamatan semasa di Malaysia di samping taklimat khas yang akan disampaikan oleh barisan kepimpinan tertinggi pol..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-berlepas-ke-london
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:04 MYT

Sepang - 26 Januari 2012. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, hari ini berlepas ke United Kingdom untuk Lawatan Kerja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Dalam rangka lawatan itu, YDH Tan Sri Haji Ismail akan menyampaikan taklimat tentang keselamatan semasa di Malaysia di samping taklimat khas yang akan disampaikan oleh barisan kepimpinan tertinggi polis di United Kingdom dan Pegawai Keselamatan Kerajaan UK, berkaitan isu-isu keselamatan dan kepolisan di negara itu.

Pada masa yang sama, YDH Tan Sri Haji Ismail akan di bawa melawat pameran peralatan keselamatan terkini yang dikhaskan kepada pihak berkuasa dan keselamatan masyarakat yang memfokaskan kepada tiga aspek iaitu jenayah dan kepolisan, keselamatan dan 'counter terrorism' serta keselamatan sempadan.

Kpn Berlepas Ke London
YDH Ketua Polis Negara diiringi YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan masuk ke ruang legar KLIA.

Kpn Berlepas Ke London
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj. Md Sobri bersama Pegawai-pegawai Kanan PDRM menuju ke Bilik VIP KLIA sebelum berlepas ke United Kingdom

Kpn Berlepas Ke London
Supt. Abd Wahab bin Harun mengucapkan 'Selamat Jalan' kepada YDH Ketua Polis Negara sebelum berlepas ke United Kingdom.



Wartawan/Jurufoto  : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting              : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM