Artikel
Sikap Toleransi Antara Kaum Perlu Dikekalkan Timbalan Ketua Polis Negara
Pada hari ini satu program bual bicara bertajuk 'Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid Tahun 2012' yang secara terus bersama kepimpinan terti...
Cheras, 27 Januari
2012 - Pada hari ini satu program bual bicara bertajuk "Kepimpinan PDRM
Bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid Tahun 2012" yang secara terus
bersama kepimpinan tertinggi PDRM Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur di wakili YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara yang telah berlangsung di Masjid Al-Imam
As-Syafie, Cheras.
Program tersebut
diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara masyarakat setempat
tanpa berbilang kaum serta tidak lupa mendengar beberapa masalah dan
aduan masyarakat agar dapat disalurkan terus kepada pihak PDRM dan dapat
didengari dan ditangani sebaik mungkin bagi mencapai matlamat yang
diharapkan.
YDH Dato' Sri Khalid
bin Abu Bakar, dalam ucapannya juga menasihatkan masyarakat agar menjaga
sikap toleransi antara kaum supaya ia dapat dikekalkan di Malaysia yang
aman damai ini. Beliau juga mengharapkan masyarakat menjadi mata dan
telinga polis dalam membantu menyelesaikan kes-kes jenayah yang semakin
meruncing di masa kini.
Dalam ucapannya lagi,
beliau menasihatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka supaya
tidak terjebak dengan anasir-anasir buruk yang boleh mendatangkan bahaya
pada anak-anak mereka.
Pada majlis tersebut
juga YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar sempat menyampaikan beberapa
cenderahati kepada AJK Masjid Al-Imam As-Syafie. Majlis tersebut
diteruskan juga dengan menunai Solat Jumaat bersama masyarakat setempat.
Turut hadir dalam
majlis tersebut YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan
Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), YDH CP Datuk Mortadza bin
Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato' Mohmad bin
Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor bin
Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Imam As-Syafie, Y.Bhg Ustaz Mohamad Lutfi
bin Saad, Imam Masjid Al-Imam As-Syafie, Pegawai-pegawai Kanan PDRM,
Anggota PDRM, wakil-wakil Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) serta
wakil-wakil media.
"Sesiapa
yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T,
Allah akan membinauntuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (Riwayat
Bukhari)

Ketibaan YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dalam sesi dialog.


Wakil daripada AJK masjid.

Wakil muslimat dalam memberi pendapat dan luahan permasalahan yang dialami.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar sedang mendengar aduan masyarakat.

Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Imam As-Syafie memberi cenderahati kepada YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar memberi cenderahati kepada Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Iman As-Syafie.


Antara AJK Masjid Al-Imam As-Syafie yang menerima cenderahati.
Wartawan & Jurugambar : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor