Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Tiga Kes Dalam Empat Hari

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) minggu lalu berjaya menumpaskan 3 kes berkaitan dua wanita tempatan yang direkrut menjadi keldai dadah serta warga negara asing yang ditangkap semasa hendak ma..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-tiga-kes-dalam-empat-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

BUKIT AMAN, 26 Januari 2012 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) minggu lalu berjaya menumpaskan 3 kes berkaitan dua wanita tempatan yang direkrut menjadi keldai dadah serta warga negara asing yang ditangkap semasa hendak masuk ke negara ini dengan cara menelan dadah terbabit.

Pengarah JSJN, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim berkata, dalam kes pertama pada 20 Januari lalu, polis menjumpai 30 bungkus plastik yang berisi dadah jenis Kokain seberat 1.2kg berikutan penahanan 2 lelaki warga Nigeria di tangkap bersama 2 wanita tempatan.

"Dadah terbabit disembunyikan dalam ruangan khas di bahagian roda, tapak serta batang penarik plastik pada kedua-dua beg troli yang dijumpai di belakang bonet kenderaan yang dinaiki suspek semasa ditangkap," katanya kepada pemberita semasa mengadakan sidang media di Dewan Threatreatte, menara 1, Bukit Aman, petang ini.

Sementara dua hari kemudian, beliau turut memberitahu, 3 lelaki warga Pakistan ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Puchong dan Ampang sehingga membawa kepada penemuan 33 paket plastik berisi dadah disyaki jenis Heroin seberat 40.2 kg.

Manakala dalam kes ketiga pada 23 Januari lalu, satu lelaki warganegara Guinea yang menelan dadah untuk diseludup masuk ke dalam negara ini ditangkap semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah, tambah beliau, hasil pemeriksaan x-ray mendapati 57 ketulan dadah disyaki jenis Syabu seberat 971 gram di dalam perut saspek. Bagaimanapun, pihak hospital berjaya mengeluarkan ketulan dadah berkenaan.

 

Beliau turut menambah, sepanjang tahun lalu, jumlah tangkapan meningkat 6 peratus, iaitu sebanyak 167,001 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu 157,756.

"Tangkapan dibawah kategori mengurang bekalan seramai 11,648 orang menunjukkan peningkatan sebanyak 12 peratus tangkapan seramai 10,427 berbanding pada tahun 2010. Bagi kategori mengurang permintaan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 5 peratus dengan tangkapan seramai 155,353 orang berbanding 147,329 pada tahun 2010,"katanya.

"Kejayaan pihak polis ini adalah hasil daripada maklumat orang ramai dan usaha JSJN untuk membenteras sindiket pengedaran dadah tempatan dan antarabangsa." Kata beliau di akhir sidang media tersebut.


Polis Tumpas Tiga Kes Dalam Empat Hari
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotikn semasa sidang media.
 
Polis Tumpas Tiga Kes Dalam Empat Hari
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim bersama pegawai penyiasat dan dadah yang dirampas.

Polis Tumpas Tiga Kes Dalam Empat Hari
Dadah dibungkus dan dimasukkan ke dalam ruang rangka bagasi.

Polis Tumpas Tiga Kes Dalam Empat Hari
Dadah yang dirampas.

Polis Tumpas Tiga Kes Dalam Empat Hari
Antara jemputan media yang hadir.



Jurufoto   : Konst Raymond
Wartawan : Insp Doris
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM