Konvoi Bermotosikal Melawat Negeri Perak
POLIS PERLUAS KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Irfan Bujang.
Manjung, 6
Disember - Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini telah mengadakan Program
Konvoi Bermotosikal Melawat Negeri Perak dalam usaha memperluaskan
kempen keselamatan jalan raya kepada orang awam, khususnya kepada
penunggang-penunggang motosikal.
Seramai
50 pegawai dan anggota Trafik PDRM yang diketuai oleh DSP Tan Cheng
San, DSP Penguatkuasa/Ops Kontinjen dari Trafik Bukit Aman telah
mengikuti program ini dan lebih menarik, ianya turut disertai oleh
penunggang-penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Riders
United.
Kemuncak
program akan berlangsung keesokannya di Dataran Putra, Manjung, Perak
yang akan menyajikan pelbagai program-program keselamatan jalan raya,
selain memperkenalkan program Rakan Cop kepada penduduk-penduduk di sini
serta sukaneka.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato' Haji Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan.
Turut
hadir di majlis tersebut ialah Toh Muda Orang Kaya Panglima Kinta Seri
Amar Bangsa Diraja, Dato' Abdul Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, YDH
ACP Haji Toha bin Abdullah, Timbalan Ketua Trafik Pasukan, Encik Wazi
bin Abdul Hamid, Presiden Riders United Malaysia, Supt. Sharul Othman
bin Mansor, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/ Ketua Trafik Negeri
Kontinjen Perak, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota PDRM serta
wakil-wakil media.
Berkumpul di Tasik Perdana, Kuala lumpur.
Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Manjung, Perak.
Program di Dataran Putra, Manjung
Untuk berita selanjutnya, sila layari Facebook PDRM di https://www.facebook.com/media/set/set=a.702112413132402.1073742173.161086313901684&type=1
https://www.facebook.com/media/set/set=a.702112413132402.1073742173.161086313901684&type=3