Kepulangan Misi Pengaman UNAMID
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Sepang,13 Disember 2013 - "Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengalu-alukan kepulangan tuan-tuan ke
tanah air pada petang ini, melaksanakan tanggungjawab yang penting bagi
menyahut seruan antarabangsa untuk membawa keamanan dan kesejahteraan
di negara Sudan", ucap YDH
SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan
(Perkhidmatan) ketika membaca teks ucapan mewakili Ketua Polis Negara.
"Sebagai duta kecil, PDRM
dan juga kerajaan, merasa bangga kerana tuan-tuan telah mengharumkan
nama pasukan dan negara dengan memberikan khidmat dan sumbangan yang
terbaik kepada salah sebuah negara yang bergolak di dunia ini, demi
keamanan sejagat", tambah beliau lagi.
Seramai 22 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di United Nations African Union Mission In Darfur (UNAMID), diketuai oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh 15 bulan berada di Darfur, mulai 12 September 2012 hingga 12 Disember 2013.
Sehingga kini, seramai 26 orang lagi pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia masih berkhidmat di Darfur Sudan dan Republik Selatan Sudan.
Turut menyambut kepulangan mereka ialah Superintenden Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Deputi Superintenden Muhamad Nor Abidin bin Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM serta Pegawai Kanan PDRM.
YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali menyambut kepulangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dari Darfur, Sudan.
Bersama Superintenden Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Deputi Superintenden Muhamad Nor Abidin bin Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM.
Sekitar majlis di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ucapan oleh YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan)
Ucapan oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah
Cenderahati kepada YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali
Bergambar kenangan...