Oleh : Kpl Edwind Indo
SEKALI POLIS, SELAMANYA POLIS
Kuala Lumpur, 6 Dis – "Sesungguhnya khidmat bakti, pengorbanan dan kesetiaan serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada negara dan pasukan selama ini, amat tidak ternilai dan sukar untuk dibalas dan diucapkan dengan kata-kata. Cukuplah kalau saya mengungkapkan, bahawa negara dan pasukan amat terhutang budi kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian", ujar YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara mewakili YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Majlis Malam Sejambak Budi Sejuta Kenangan, malam tadi.
Majlis gilang-gemilang itu berlangsung di Dewan Bankuet, PULAPOL Kuala Lumpur.
Majlis malam itu adalah meraikan pesara dan bakal pesara Kakitangan Awam, Anggota Pangkat Rendah Polis dan Pegawai Kanan Polis peringkat Bukit Aman sebagai tanda penghargaan di atas khidmat yang dicurahkan.
Di samping itu ianya merupakan satu simbolik perpisahan bagi 84 orang yang telah bersara dari pasukan (PDRM).
YDH Ketua Polis Negara melalui Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin turut menyeru kepada pesara-pesara polis untuk terus mendekatkan diri dengan pasukan melalui Bahagian Veteran Polis bawah Jabatan Pengurusan PDRM.
"Saya mewakili rakan-rakan pesara yang lain menyusun sepuluh jari atas silap dan salah kami sepanjang perkhidmatan kami di dalam PDRM", ujar ACP Syed Mustafa bin Raja Syed Nordin dalam majlis ucapan balas.
"Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan PDRM kerana membentuk keperibadian kami sehingga ke hari ini", tambah beliau lagi.
Majlis dihadiri oleh YDH Datuk Wira Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM selaku pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malam "Sejambak Budi Sejuta Kenangan" bersama Y.Bhg Prof Madya Datin Wira Dr Fatimah binti Moosa, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, Pegawai Kanan Polis, para pesara dan bakal pesara PDRM.

Sekitar ketibaan Pegawai Kanan Polis, para pesara dan bakal pesara PDRM

Sekitar Majlis penyampaian Sijil Penghargaan kepada Kakitangan Awam, Anggota Pangkat Rendah dan Pegawai Kanan Polis yang telah bersara

Penyampaian Cenderhati Kenangan

Ucapan YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara mewakili YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Majlis ucapan balas oleh ACP Syed Mustafa bin Raja Syed Nordin

Majlis ditutup dengan nyanyian lagu 'Polis Sedia Berkhidmat'