Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010

Published: 10 Jun 2014 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) adalah penjemaan semula Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2001. Kumpulan Inovatif Dan Kreatif telah diperkenalkan oleh keraja..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik-peringkat-pdrm-tahun-2010
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT

Johor Bahru - 24 Jun 2010. Majlis Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010, yang julung kali dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor di Grand Ballroom, The Zon Regency Hotel, Johor Bahru pada pagi ini.

Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan/Pembangunan) merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010, YDH SAC Dato' Haji Jalaluddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor, YDH SAC Dato' Aishah bt Mohammad, Penolong Pengarah Perkhidmatan ( Rekod Personel ) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) adalah penjenamaan semula Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2001. Kumpulan Inovatif Dan Kreatif  telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk merubah dan memperkenalkan cara kerja yang baru dalam proses memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pelaksanaannya telah dimulakan pada penghujung tahun 2009. KIK berbeza dari KMK dalam beberapa aspek tertentu seperti keahliannya tidak hanya terhad kepada anggota dalam Kumpulan Sokongan malahan terbuka atau merentasi semua Bahagian/Seksyen/Unit. Perbezaan yang paling ketara adalah penekanan KIK terhadap aspek inovasi dan kreatif selain dari penyelesaian masalah.

Konvensyen KIK adalah platform membentangkan hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktif organisasi. Cetusan idea-idea inovatif dan kreatif  itu merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah atau cara bekerja. Pelaksanaan hasil inovatif ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian serta memberi faedah kepada pelanggan dan stake holder PDRM.

Konvensyen KIK PDRM ini juga adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen dan dedikasi warga PDRM kepada usaha-usaha yang dijalankan ke arah peningkatan kualiti melalui inovasi dan kualiti. Oleh itu, warga PDRM perlu kreatif dari masa ke semasa untuk melaksanakan perubahan, sentiasa peka, prihatin dan proaktif dalam persekitaran kerja masing-masing, sejajar dengan hasrat untuk memajukan perkhidmatan dalam PDRM.

"Warga PDRM perlu berfikir di luar kotak atau berfikir di luar kebiasaan dan mencabar tradisi kerja yang biasa dengan membangkitkan rasa tidak puas hati dan mengeluarkan diri dari zon selesa. Proses ini akan mencetuskan  idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif dimana idea inovatif yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah output dan outcome semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada", antara ucapan YDH Ketua Polis Johor di Majlis  Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010.

Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Kumpulan tersebut ialah :-
1. Kumpulan ICOM 
   Kontinjen : Komunikasi, Jabatan Logistik Bukit Aman
   Tajuk Projek : Perkhidmatan Telefon Berkualiti

2. Kumpulan RODA
   Kontinjen : Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak
   Tajuk Projek : Ke arah meningkatkan Perolehan maklumat bagi mengurangkan kes kecurian di Daerah Ipoh.

3. Kumpulan  LESTARI
   Kontinjen : BAKA, IPK Pulau Pinang
   Tajuk Projek : Peningkatan aduan orang awam terhadap salah laku warga PDRM Pulau Pinang.

4. Kumpulan WHORL
   Kontinjen : Bahagian D2, JSJ Bukit Aman
   Tajuk Projek : Biometric Fingerprint Identification System (BIOFIS)

5. Kumpulan MINDA BERNAS
   Kontinjen : JSJ IPD Sepang, Selangor
   Tajuk Projek : Kelewatan pendaftaran kertas siasatan untuk perbicaraan yang kurang efisien

6. Kumpulan CERIA
   Kontinjen : Cawangan Rekod Personel, Jabatan Pengurusan Bukit Aman
   Tajuk Projek : Persekitaran kerja yang kondusif

7. Kumpulan NINJA
   Kontinjen : IPD Johor Bahru Selatan, Johor.
   Tajuk Projek : Ninja

8. Kumpulan THE MARINERS
   Kontinjen : PGRM, Wilayah (1) Utara, Pulau Pinang.
   Tajuk Projek : Kerosakan 'Starter Motor Bot Ronda'

9. Kumpulan TARGET
   Kontinjen : Briged Utara, PGA Ulu Kinta, Perak
   Tajuk Projek : kekerapan kerosakan tambahan pada kereta salun yang di tunda.

10.Kumpulan G-7
   Kontinjen : Unit 7, PSP Negeri Sembilan
   Tajuk Projek : Proses Flushing Gas dan pewarna, kaedah sedia ada membazir air.

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Antara yang hadir di Majlis Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Ucapan alu-aluan oleh YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan/Pembangunan) merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Gimik perasmian oleh YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Pengenalan kumpulan KIK kepada YDH Ketua Polis Johor...Kumpulan WHORL

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Persembahan Kumpulan THE MARINERS..

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Persembahan Kumpulan TARGET, Tajuk Projek : kekerapan kerosakan tambahan pada kereta salun yang di tunda.

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Kumpulan G-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan , Negeri Sembilan

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Barisan Panel Hakim...dari kiri, Y.Bhg. Encik S. Sivasena dan Y.Bhg. Encik Mohd Rashid bin Kancil dari Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Y.Bhg Encik Saiful Yazan bin Alwi dari Intan Wilayah Tengah (INTENGAH).

ArticlePublished 10 Jun 2014 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM