Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Lembaga Pengarah Vehicle Theft Reduction Council Of Malaysia Vtrec Berhad

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
VTREC terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan, Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), PUSPAKOM, Persatuan Automoti..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-lembaga-pengarah-vehicle-theft-reduction-council-of-malaysia-vtrec-berhad
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:24 MYT

Kuala Lumpur - 18 Jun 2010. Vehicle Theft Reduction Council Of Malaysia (VTREC) mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, petang ini.

Pertemuan bersama adalah antara YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Encik R. Veejendran, Pembantu Setiausaha, Dato' Haji Zainal Abidin bin Mat Taib, Pengarah Bahagian Pencegahan, Encik Abdul Hadi bin Hassan dan YDH SAC Chee Cheng Wan, Ketua Jawatankuasa VTREC.

Turut hadir adalah wakil-wakil daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Persatuan Takaful Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Persatuan Penilai Kerugian Malaysia (AMLA).

Dalam mesyuarat tersebut, YDH Timbalan Ketua Polis Negara selaku Pengerusi, mengimbas semula inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh VTREC. Semua Lembaga Pengarah bersependapat inisiatif yang dilaksanakan mempunyai impak bagi mengurangkan kecurian kenderaan di dalam industri automobil di Malaysia.

YDH Tan Sri Ismail Haji Omar memaklumkan kepada semua ahli lembaga yang hadir bahawa PDRM telah meningkatkan penguatkuasaannya di seluruh negara dan ternyata telah berjaya menurunkan kes kecurian kenderaan sebanyak 13.99% bagi tempoh Januari-Mei, 2010 berbanding tempoh sama pada 2009.

VTREC terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan, Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), PUSPAKOM, Persatuan Automotif Malaysia, Persatuan Penilai Kerugian Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dan Persatuan Takaful Malaysia.

Antara fungsi VTREC adalah,

1. Melancarkan kerjasama di antara industri, kerajaan dan komuniti 'stakeholder' untuk mengaplikasikan usul releven yang dicadangkan oleh VTREC

2. Membina dan mengemukakan usul yang dirasakan wajar bagi mengurangkan kadar kecurian kenderaan. Usul dikemukakan kepada kedua-dua sektor kerajaan dan bukan kerajaan.

3. Memberikan khidmat nasihat dan cadangan mengenai cara mengatasi masalah kecurian kenderaan kepada pihak berwajib dan badan-badan yang bertanggungjawab.

4. Menyediakan pelan tindakan dan melaksanakan pelan tindakan yang telah dipersetujui.

5. Berperanan membina, melaksana dan mengatur kempen kesedaran masyarakat (orang awam) mengenai pencegahan kecurian kenderaan.

6. Berperanan membina, melaksana dan mengaturkan kajian mengenai cara mengatasi kecurian kenderaan bermotor

7. Merupakan salah satu cara untuk mencapai objektif menurunkan kecurian kenderaan.

8. Sentiasa memberikan laporan kepada pihak yang berkenaan mengenai keadaan dan tahap program VTREC dan juga pelan tindakan.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Vehicle Theft Reduction Council Of Malaysia Vtrec Berhad
Sidang Media di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Mesyuarat Lembaga Pengarah Vehicle Theft Reduction Council Of Malaysia Vtrec Berhad
YDH Bergambar Kenangan bersama Ahli Lembaga Pengarah VTREC dan wakil-wakil yang hadir

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM