Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Kik Peringkat Pdrm Tahun 2010
Johor
Bahru - 24 Jun 2010. Majlis Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan
Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010, yang julung kali dianjurkan
oleh Polis Diraja Malaysia telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mohd
Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor di Grand Ballroom, The
Zon Regency Hotel, Johor Bahru pada pagi ini.
Hadir
sama di majlis perasmian tersebut ialah YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad,
Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan/Pembangunan) merangkap Naib Pengerusi
Jawatankuasa Induk Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)
Peringkat PDRM Tahun 2010, YDH SAC Dato' Haji Jalaluddin bin Abdul
Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor, YDH SAC Dato' Aishah bt Mohammad,
Penolong Pengarah Perkhidmatan ( Rekod Personel ) dan Pegawai-pegawai
Kanan PDRM.
Kumpulan
Inovatif Dan Kreatif (KIK) adalah penjenamaan semula Kumpulan Meningkat
Mutu Kerja (KMK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2001. Kumpulan
Inovatif Dan Kreatif telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk merubah
dan memperkenalkan cara kerja yang baru dalam proses memantapkan sistem
penyampaian perkhidmatan awam.
Pelaksanaannya
telah dimulakan pada penghujung tahun 2009. KIK berbeza dari KMK dalam
beberapa aspek tertentu seperti keahliannya tidak hanya terhad kepada
anggota dalam Kumpulan Sokongan malahan terbuka atau merentasi semua
Bahagian/Seksyen/Unit. Perbezaan yang paling ketara adalah penekanan KIK
terhadap aspek inovasi dan kreatif selain dari penyelesaian masalah.
Konvensyen
KIK adalah platform membentangkan hasil cetusan idea-idea yang kreatif
dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan
produktif organisasi. Cetusan idea-idea inovatif dan kreatif itu
merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah atau cara
bekerja. Pelaksanaan hasil inovatif ini dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem penyampaian serta memberi faedah kepada pelanggan
dan stake holder PDRM.
Konvensyen
KIK PDRM ini juga adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan
memperbaharui komitmen dan dedikasi warga PDRM kepada usaha-usaha yang
dijalankan ke arah peningkatan kualiti melalui inovasi dan kualiti. Oleh
itu, warga PDRM perlu kreatif dari masa ke semasa untuk melaksanakan
perubahan, sentiasa peka, prihatin dan proaktif dalam persekitaran kerja
masing-masing, sejajar dengan hasrat untuk memajukan perkhidmatan dalam
PDRM.
"Warga
PDRM perlu berfikir di luar kotak atau berfikir di luar kebiasaan dan
mencabar tradisi kerja yang biasa dengan membangkitkan rasa tidak puas
hati dan mengeluarkan diri dari zon selesa. Proses ini akan mencetuskan
idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif dimana idea inovatif yang
dihasilkan hendaklah berupaya menambah output dan outcome
semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia
ada", antara ucapan YDH Ketua Polis Johor di Majlis Perasmian
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun
2010.
Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Kumpulan tersebut ialah :-
1. Kumpulan ICOM
Kontinjen : Komunikasi, Jabatan Logistik Bukit Aman
Tajuk Projek : Perkhidmatan Telefon Berkualiti
2. Kumpulan RODA
Kontinjen : Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak
Tajuk Projek : Ke arah meningkatkan Perolehan maklumat bagi mengurangkan kes kecurian di Daerah Ipoh.
3. Kumpulan LESTARI
Kontinjen : BAKA, IPK Pulau Pinang
Tajuk Projek : Peningkatan aduan orang awam terhadap salah laku warga PDRM Pulau Pinang.
4. Kumpulan WHORL
Kontinjen : Bahagian D2, JSJ Bukit Aman
Tajuk Projek : Biometric Fingerprint Identification System (BIOFIS)
5. Kumpulan MINDA BERNAS
Kontinjen : JSJ IPD Sepang, Selangor
Tajuk Projek : Kelewatan pendaftaran kertas siasatan untuk perbicaraan yang kurang efisien
6. Kumpulan CERIA
Kontinjen : Cawangan Rekod Personel, Jabatan Pengurusan Bukit Aman
Tajuk Projek : Persekitaran kerja yang kondusif
7. Kumpulan NINJA
Kontinjen : IPD Johor Bahru Selatan, Johor.
Tajuk Projek : Ninja
8. Kumpulan THE MARINERS
Kontinjen : PGRM, Wilayah (1) Utara, Pulau Pinang.
Tajuk Projek : Kerosakan 'Starter Motor Bot Ronda'
9. Kumpulan TARGET
Kontinjen : Briged Utara, PGA Ulu Kinta, Perak
Tajuk Projek : kekerapan kerosakan tambahan pada kereta salun yang di tunda.
10.Kumpulan G-7
Kontinjen : Unit 7, PSP Negeri Sembilan
Tajuk Projek : Proses Flushing Gas dan pewarna, kaedah sedia ada membazir air.

Antara yang hadir di Majlis Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010

Ucapan
alu-aluan oleh YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN
(Penyelidikan/Pembangunan) merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010

Gimik perasmian oleh YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor

Pengenalan kumpulan KIK kepada YDH Ketua Polis Johor...Kumpulan WHORL

Persembahan Kumpulan THE MARINERS..

Persembahan Kumpulan TARGET, Tajuk Projek : kekerapan kerosakan tambahan pada kereta salun yang di tunda.

Kumpulan G-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan , Negeri Sembilan

Barisan
Panel Hakim...dari kiri, Y.Bhg. Encik S. Sivasena dan Y.Bhg. Encik Mohd
Rashid bin Kancil dari Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Y.Bhg Encik
Saiful Yazan bin Alwi dari Intan Wilayah Tengah (INTENGAH).