Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Konvensyen Integriti Nasional 2007

Published: 09 Jun 2014 2.39 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Konvensyen sehari bertemakan 'Integriti Pemacu Malaysiaku Gemilang' adalah yang pertama kali dianjurkan dan dihadiri 1,200 orang peserta daripada pelbagai segmen masyarakat...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konvensyen-integriti-nasional-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:55 MYT
Putrajaya - 6 September 2007. Pelaksanaan dan pembudayaan integriti secara menyeluruh dan berterusan merupakan salah satu objektif utama dalam mencapai hasrat Misi Nasional. Usaha yang berterusan untuk memperkukuh integriti sebagai tonggak utama dalam pembangunan negara akan menjadi pemacu ke arah peningkatan daya saing negara.

Justeru, 'Integriti Pemacu  Malaysiaku Gemilang'  telah diangkat sebagai tema Konvensyen Integriti Nasional 2007 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Fasa pertama bagi Pelan Integriti Nasional  dari tahun 2004 sehingga tahun 2008 yang dikenali sebagai TEKAD 2008 kini sedang dilaksanakan untuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dengan berkesan, memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dan mengatasi kerenah birokrasi, memantapkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Konvensyen sehari adalah yang pertama kali dianjurkan dan dihadiri 1,200 orang peserta daripada pelbagai segmen masyarakat. Selain lima bengkel, sidang plenari mengisi program konvensyen dengan pembentangan Kertas Kerja oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Pengerusi Institut Integriti Malaysia, Y.B. Dato' Seri Shahrizat Abdul jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Y.B. Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.

Konvensyen itu turut menyaksikan Pembentangan Resolusi Konvensyen Integriti 2007 dimana 21 Resolusi Putrajaya Konvensyen Integriti Nasional 2007 telah diumunkan oleh Y.B. Senator Tan Sri Datuk Haji Jins Shamsudin. Satelah selesai Ucap Utama oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia,  Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU)  dijalankan antara Institut Integriti Malaysia dengan MIMOS Berhad dan Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan Polis Diraja Malaysia.

Konvensyen Integriti Nasional 2007
Kerjasama...Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia menyaksikan pertukaran MOU antara YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.B. Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Pengerusi Institut Integriti Malaysia pada Konvensyen Integriti Nasional 2007
ArticlePublished 09 Jun 2014 2.39 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM