Artikel
Majlis Pelancaran Projek Usahasama Memorandum Persefahaman Mou Pdrm Iim
Majlis Pelancaran Projek Usahasama Memorandum Persefahaman (MoU) Polis Diraja Malaysia dan Institut Integriti Malaysia telah berlangsung di Dewan Sultan Haji A...
Kuala Lumpur - 7 September 2007. Majlis
Pelancaran Projek Usahasama Memorandum Persefahaman (MoU) Polis Diraja
Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah berlangsung di
Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Hadir dimajlis tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia, Y.Bhg. Dato' Abu Kassim bin Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah 1, Badan Pencegah Rasuah, Y.Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim, Pengarah-Pengarah PDRM, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis, Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander-Komander Briged, Komandan-Komandan PULAPOL, Timbalan-Timbalan Pengarah, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan Institut Integriti Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Majlis pada pagi ini diadakan khusus untuk warga PDRM dengan objektif untuk memberikan kesedaran dan impak yang tinggi mengenai kesungguhan serta komitmen PDRM dalam menangani isu-isu berkaitan integriti yang merupakan susulan dari Konvensyen Integriti Nasional 2007 yang telah berlangsung di Putrajaya pada 6 September 2007.
Dengan berlangsungnya majlis ini juga tentunya akan dapat memperkasakan lagi integriti warga PDRM untuk memberikan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan kepada masyarakat, sekaligus akan menaikkan kembali imej PDRM di kacamata masyarakat. MoU yang dimeterai ini juga adalah selaras dengan visi PDRM sendiri yang bermatlamat untuk menjadikan PDRM sebagai agensi penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komitmen untuk bekerja dengan masyarakat.
Usahasama antara PDRM dan IIM ini bertujuan meneruskan kegemilangan institusi PDRM memerangi jenayah, memantapkan integriti dan komited berkhidmat mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam melalui :
* Kurikulum latihan dan pendidikan integriti bersama tenaga pakar
* Kempen kesedaran integriti dan geraksaraf program Mesra Rakyat
* Kursus modul asas etika dan integriti melalui pendekatan masyarakat Islam Hadhari dan
* Rangkaian kerjasama sektor swasta dan masyarakat umum

dari kiri...YDH Tan Sri Musa Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia, Y.Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, , Y.Bhg. Dato' Abu Kassim Mihamed, Timbalan Ketua Pengarah 1, Badan Pencegah Rasuah dan YDH Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara.

Penyerahan MoU PDRM - IIM...YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyerahkan 'Integrity-Kit' kepada YDH SAC II Zaleha Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Negeri Melaka.