Kerjasama Pintar Bagi Kepentingan Keselamatan Bersama
Serdang , 26 Mac 2011 - "Majlis ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan polis dengan masyarakat dalam mewujudkan kerjasama pintar bagi kepentingan keselamatan dan mendedahkan kepada masyarakat berkenaan peranan Rakan Cop," ujar Supt. Abd. Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang di Majlis Program 'Community Policing' Taman Lestari Putra Bersama IPD Serdang, pada hari ini.
Mengulas kenyataannya itu, kepolisan masyarakat bukan sahaja untuk membanteras jenayah dan gejala sosial tetapi juga untuk mewujudkan masyarakat prihatin.
Dalam pada itu, beliau amat berbangga dengan Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra, Seksyen 7 di bawah kepimpinan Encik Shahari bin Jantan yang telah mengumpul seramai 120 orang bagi menjalankan aktiviti rondaan sukarela di mana ianya merupakan kumpulan rondaan sukarela yang bernaung di bawah persatuan penduduk.
Sehubungan itu, polis amat menghargai aktiviti sukarelawan ini dan sebagai bantuan, polis akan menghantar 2 anggota untuk meronda bersama mereka.
Atas inisiatif ini juga, mereka juga telah menubuhkan 'Community Policing' - Kepolisan Masyarakat di bawah kepimpinan Encik Mohd. Ali bin Ismail di mana keahliannya sudah mencecah 160 orang.
Sebagai tanda sokongan terhadap program ini, Masterskill di bawah tanggungjawab sosial (CSR) telah memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
PERKEP IPD Serdang juga terlibat dalam aktiviti 'Community Policing' ini dan mereka berfungsi sebagai ejen atau penghubung kepada PDRM mendekati kaum ibu dan wanita setempat dalam menyampaikan mesej dan matlamat pasukan.

Pameran daripada Cawangan Narkotik berkenaan penyalahgunaan dadah.

Antara aktiviti sepanjang program berlangsung.
Penduduk di kediaman sekitar Taman Lestari Putra Seksyen 7 yang mengikuti program Community Policing.
Ucapan YDH Supt. Abd. Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang.

Antara agensi yang mengambil bahagian dalam pameran sempena program berlangsung.
Komuniti sekitar diberikan pendedahan mengenai keburukan jenayah.

Masterskills di bawah tanggungjawab sosial (CSR) memberikan tanggungjwab sosial secara percuma.

YDH Supt Abd. Razak. bin Elias turut mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan daripada pihak Masterskill.
PERKEP juga turut turun padang menjayakan program.

Peranan PERKEP sebagai penghubung PDRM dengan masyarakat.
Sekitar Perjalanan Program Community Policing Taman Lestari Putra Seksyen 7:







Sumber : IPD Serdang
Wartawan : L/Kpl Helmi
Penyunting : Insp Md Aruwan Bin Md. Amilah