Ketulan Dadah Mampat Dirampas Dalam Op Kapas
ALOR
SETAR – Sembilan ketulan dadah mampat jenis heroin dirampas dalam Op
Kapas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kedah Isnin lalu.
Ketua
Jabatan JSJN, Superintendan Abdul Razak Md Zin berkata ketulan mampat
dadah tersebut ditemui dalam sebuah kotak yang diletakkan dalam bakul
motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki semasa pemeriksaan
dijalankan sekitar kawasan Sungai Petani.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah