Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kereta Terbabas 128 Kg Daun Ketum Dirampas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Machang, 22 Jan - Polis merampas 128 kilogram daum ketum daripada dua lelaki selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kampung Muka Bukit di sini, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kereta-terbabas-128-kg-daun-ketum-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:45 MYT

Machang, 22 Jan - Polis merampas 128 kilogram daum ketum daripada dua lelaki selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kampung Muka Bukit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedup berkata, daum ketum berkenaan diisi dalam 16 guni gula yang dimuat dalam sebuah Iswara Aeroback yang terbabas dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi.

"Kita percaya daun itu yang dibeli dari negeri di utara Semenanjung akan dijual di Terengganu dengan harga pasaran berjumlah RM6,400," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah ini, di sini, hari ini.

Che Malek berkata dua lelaki berkenaan masing-masing berumur antara 23 dan 40 tahun yang berasal dari Kampung Bunut Susu, Pasir Mas dan Merapuh, Kuala Lipis, Pahang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Krai dan keadaan kedua-dua mereka dilaporkan parah.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952, dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara 4 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali, katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM