Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada petang ini, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah meluangkan masa bermesra bersama orang ramai di Bukit Bintang. Selaras dengan janji beliau untuk mejadikan Kuala Lumpur..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-negara-turun-padang-di-bandaraya-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:25 MYT
Kuala Lumpur - 17 Februari 2011

Pada petang ini, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah meluangkan masa bermesra bersama orang ramai di sekitar jalan Bukit Bintang. Selaras dengan janji beliau untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar metropolitan yang maju dan selamat di mata dunia, beliau sendiri turut bertanyakan keadaan dan komen daripada individu secara peribadi.

Turut mengiringi beliau ialah YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur,  YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,
YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji Mat, Ketua Urusetia NKRA PDRM, YDH SAC Dato' Razali bin Abd Razak, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur, pegawai-pegawai kanan polis dan wakil-wakil media.

Meskipun sasaran pengurangan
statistik jenayah 5% dan jenayah jalanan 20% telahpun tercapai, momentum pengurangan indeks jenayah akan diteruskan. PDRM akan terus mewujudkan kolaborasi di antara rakyat, media, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) dalam memantapkan lagi organisasi PDRM.

Penerapan 4P (Performance, Proactive, Protective, People Oriented) diterapkan kepada setiap warga PDRM sebagai panduan sejajar dengan gagasan kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

'Walkabout' Ketua Polis Negara merupakan buat julung kali diadakan sejak perlantikan beliau pada September tahun lalu.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Ketua Polis Kuala Lumpur mengiringi Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Ketua Polis Negara menyapa pengunjung tempatan.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Bertanya komen pengunjung negara India yang bekerja di Malaysia.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Mendengar komen daripada pekerja Maybank jalan Bukit Bintang.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Melalui keadaan cuaca panas dan laluan jalan yang sesak.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Komen daripada pelancong negara Nigeria.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Bertanya komen daripada pelajar Ireland tahap keselamatan bandaraya Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Mesra...Menyapa pelancong asing ketika melalui BB Plaza, Bukit Bintang.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Memberi 'goodies' yang mengandungi maklumat dan cenderahati daripada Rakan Cop.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Memberikan nasihat kepada pelajar sekolah.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Memeriksa anggota polis yang bertugas.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Membaca laporan statistik aduan orang ramai berhampiran Balai Polis Bergerak, Hotel Pavillion.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Menjawab pertanyaan wakil-wakil media yang hadir.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bermesra dengan pelancong luar negara.

Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Pegawai kanan polis turut bermesra dengan pelancong negara luar.




Wartawan / Jurugambar : L/kpl Edwind Indo
Penyunting                   : PF29 Siti Fatimah bt. Abdul Manan

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM