Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Komander Briged Sarawak

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lawatan Kerja ini adalah lawatan rasmi beliau yang pertama ke Batalion-batalion dibawah pentadbirannya selepas menerima tugas sebagai Komander Briged Sarawak pada 6 Januari 2011..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-komander-briged-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:10 MYT
Sibu, Sarawak - 16 Februari 2011

Komander Briged Sarawak,  YDH SAC Dato' Wan Abdullah bin Tuanku Said, telah melakukan Lawatan Kerja ke Batalion 10 PGA Sibu, Sarawak pada 16 Februari 2011.

Lawatan kerja ini adalah lawatan rasmi beliau yang pertama ke Batalion-batalion di bawah  pentadbirannya selepas menerima tugas sebagai Komander Briged Sarawak pada 6 Januari 2011, mengantikan YDH SAC Dato' Low Hoon Soon yang menjawat jawatan baru, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Selepas selesai acara padang, menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan dan memeriksa perbarisan Kawalan kehormatan, satu sesi dialog telah diadakan di Dewan Mes  Batalion 10 bersama pegawai dan anggota Batalion 10.

Di majlis dialog tersebut,YDH Dato' Komander telah memberi penekanan tentang 4P, yang telah dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara pada 30 September 2010 sebagai satu hala tuju PDRM untuk panduan kepada seluruh warga PDRM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Selain itu, YDH Dato' Komander juga menyampaikan amanat
kepada semua pegawai dan anggota Batalion 10 PGA Sibu, di mana beliau menyentuh tentang kemajuan serta prestasikerjaya Pasukan Gerakan Am serta mengingatkan kepada semua pegawai dan anggota untuk melaksanakan tugas dengan amanah, berprestasi tinggi, menjadikan integriti sebagai amalan dan menjaga keselamatan, ketenteraman dan pelindung kepada masyarakat dan negara.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Supt. Mohd Najib, Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota Batalion 10 PGA Sibu.

Lawatan Kerja Komander Briged Sarawak
Kawalan Kehormatan...

Lawatan Kerja Komander Briged Sarawak
Pegawai Pemerintah Baris melaporkan kehadiran kepada YDH Komander Briged Sarawak

Lawatan Kerja Komander Briged Sarawak
YDH SAC Dato' Wan Abdullah bin Tuanku Said, Komander Briged Sarawak membalas tabik hormat dari Kawalan Kehormatan

Lawatan Kerja Komander Briged Sarawak
Majlis Dialog...

Lawatan Kerja Komander Briged Sarawak
Antara anggota Batalion 10 PGA yang hadir...

Lawatan Kerja Komander Briged Sarawak
Pegawai-pegawai PGA Batalion 10

Sumber berita dan gambar - Briged Sarawak
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM