Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Terima kasih, keprihatinan kerajaan memperuntukkan hampir RM.1.1 billion bagi projek pembangunan PDRM Kontinjen Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9), akan dapat meningkatkan mutu pe..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-balai-polis-sibu-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:44 MYT
Sibu - 17 Februari 2011

"Terima kasih, keprihatinan kerajaan memperuntukkan hampir RM.1.1 billion bagi projek pembangunan PDRM Kontinjen Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9), akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan integriti dalam memenuhi keperluan dan espektasi masyarakat", ucap YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa merasmikan Balai Polis Sibu Jaya, Sibu, Sarawak pada pagi ini.

Sebanyak 14 projek telah diluluskan dengan kos keseluruhan bernilai hampir RM354.3 juta termasuk projek pembangunan bagi Pangkalan Polis Marin Kuching, IPD Limbang, IPD Betong, Balai Polis Tanjung Manis, Balai Polis Balingan dan Balai Polis Kabong. Melalui konsep 'Built, Lease and Transfer', kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM747.1 juta bagi pembinaan Kem Batalion 12 PGA Miri, Balai Polis Gita, Balai Polis Tabuan Jaya, Balai Polis Selangau, Balai Polis Trafik Miri, Balai Polis Pusat Sibu termasuk Balai Polis Sibu Jaya, Balai Polis Sg. Merah, IPD Lubok Antu dan Pasukan Gerakan Am Sri Aman.

Balai Polis Sibu Jaya  dibina oleh Erakristal Sdn. Bhd di tapak seluas 1.29 hektar dan telah siap sepenuhnya pada 17 Jun 2009 di Lot 5322, Bandar Sibu Jaya, Jalan Sibu - Durin Link. Balai Polis Sibu Jaya telah mula beroperasi pada 1 April 2010, menelan kos sebanyak RM21.7 juta, dilengkapi dengan Blok Pentadbiran, rumah kediaman serta pelbagai kemudahan termasuk surau, tadika dan dewan badminton.

"Pembinaan balai yang tersergam indah ini akan memberi suasana lebih kondusif, khususnya kepada semua pegawai dan anggota serta pegawai awam yang bertugas, juga memberi keselesaan dalam penugasan dan masalah penempatan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan", antara ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH SAC Dato' Law Hong Soon, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH ACP Shafie bin Ismail, Ketua Polis Daerah Sibu serta Pegawai-pegawai Kanan IPK Sarawak.

Turut hadir, YB Datuk Dr. Soon Choon Teck, Ahli Dewan Undangan Dugong merangkap Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, YB Datuk Tiong Thai King, Ahli Parlimen Lanang, Y.Bhg Encik Sim Kok Kee, Residen Bahagian Sibu, Ketua-ketua Masyarakat serta tetamu jemputan.

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Ketibaan YDH DIG Datuk Hussin bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara disambut dengan kebudayaan tradisional Sarawak.

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Membalas tabik hormat dari Kawalan Kehormatan

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 53 orang pegawai dan anggota...

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH Pesuruhjaya Polis Sarawak dan YDH TImbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dan tetamu jemputan

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Antara yang hadir memenuhi perkarangan Balai Polis Sibu Jaya.

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Tetamu-tetamu jemputan yang hadir...

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Menandatangani 'plak' perasmian Balai Polis Sibu Jaya

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani 'Buku Melawat'

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Ucapan Perasmian Balai Polis Sibu Jaya ...

Perasmian Balai Polis Sibu Jaya
Bergambar Kenangan dihadapan Balai Polis Sibu Jaya yang tersergam indah...



Gambar     : Sumber dari IPK Sarawak
Berita        : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : PF29 Siti Fatimah bt. Abdul Manan

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM