Article
Ketua Polis Negara Turun Padang Di Bandaraya Kuala Lumpur
Pada petang ini, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah meluangkan masa bermesra bersama orang ramai di Bukit Bintang. Selaras dengan...
Kuala Lumpur - 17 Februari 2011
Pada petang ini, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah meluangkan masa bermesra bersama orang ramai di sekitar jalan Bukit Bintang. Selaras dengan janji beliau untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar metropolitan yang maju dan selamat di mata dunia, beliau sendiri turut bertanyakan keadaan dan komen daripada individu secara peribadi.
Turut mengiringi beliau ialah YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji Mat, Ketua Urusetia NKRA PDRM, YDH SAC Dato' Razali bin Abd Razak, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur, pegawai-pegawai kanan polis dan wakil-wakil media.
Meskipun sasaran pengurangan statistik jenayah 5% dan jenayah jalanan 20% telahpun tercapai, momentum pengurangan indeks jenayah akan diteruskan. PDRM akan terus mewujudkan kolaborasi di antara rakyat, media, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) dalam memantapkan lagi organisasi PDRM.
Penerapan 4P (Performance, Proactive, Protective, People Oriented) diterapkan kepada setiap warga PDRM sebagai panduan sejajar dengan gagasan kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
'Walkabout' Ketua Polis Negara merupakan buat julung kali diadakan sejak perlantikan beliau pada September tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur mengiringi Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara menyapa pengunjung tempatan.

Bertanya komen pengunjung negara India yang bekerja di Malaysia.

Mendengar komen daripada pekerja Maybank jalan Bukit Bintang.

Melalui keadaan cuaca panas dan laluan jalan yang sesak.

Komen daripada pelancong negara Nigeria.

Bertanya komen daripada pelajar Ireland tahap keselamatan bandaraya Kuala Lumpur.

Mesra...Menyapa pelancong asing ketika melalui BB Plaza, Bukit Bintang.

Memberi 'goodies' yang mengandungi maklumat dan cenderahati daripada Rakan Cop.

Memberikan nasihat kepada pelajar sekolah.

Memeriksa anggota polis yang bertugas.

Membaca laporan statistik aduan orang ramai berhampiran Balai Polis Bergerak, Hotel Pavillion.

Menjawab pertanyaan wakil-wakil media yang hadir.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bermesra dengan pelancong luar negara.

Pegawai kanan polis turut bermesra dengan pelancong negara luar.
Wartawan / Jurugambar : L/kpl Edwind Indo
Penyunting : PF29 Siti Fatimah bt. Abdul Manan