Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ketua Kongsi Gelap Mati Setelah Berbalas Tembak Dengan Polis

Published: 16 Jun 2014 8.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-kongsi-gelap-mati-setelah-berbalas-tembak-dengan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:29 MYT
GEORGE TOWN, 17 Januari 2012 (Bernama) -- Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung, di sini awal Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Zahruddin Abdullah berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis itu.

Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada pukul 2.30 pagi, katanya.

Beliau berkata polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.

"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya kepada pemberita di sini.

Zahruddin berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari George Town dan dia dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini.
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM