Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tujuh Lelaki Berhubung Kehilangan 23 Tan Metrik

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan tujuh lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan dan pemandu lori sebuah kilang gula berhubung kehilangan 23 tan metrik gula di Shah Alam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tujuh-lelaki-berhubung-kehilangan-23-tan-metrik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:11 MYT

PETALING JAYA, 18 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menahan tujuh lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan dan pemandu lori sebuah kilang gula berhubung kehilangan 23 tan metrik gula di Shah Alam, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata empat pekerja kilang yang dipercayai "orang dalam" membawa keluar gula tersebut, turut ditahan polis dalam tangkapan pada 16 Jan itu.

"Hasil siasatan seterusnya membawa polis ke sebuah gudang persendirian di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sebelum menahan pemilik gudang itu pada 17 Jan serta menemui tiga tan metrik lagi gula di gudang tersebut," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Yahaya berkata kesemua mereka berumur 23 hingga 34 tahun direman selama empat hari bermula semalam.

Beliau berkata kehilangan gula itu di stor penyimpanan gudang terbabit disedari seorang pengurus sumber manusia di kilang itu sebelum membuat laporan polis.

Yahaya berkata hasil siasatan ke atas kesemua lelaki yang dikenali sebagai "Geng Semut" itu mendapati salah seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau berhubung kes curi dan narkotik.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan (curi oleh orang gaji) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan gula yang dibawa keluar tersebut sudah mempunyai pembeli dan dipercayai untuk dipasarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

"Kita percaya gula ini dibawa keluar pada waktu malam selepas kilang sudah tamat beroperasi dan berkemungkinan ia untuk dipasarkan kepada orang tengah berdasarkan siasatan kita," katanya.

Katanya, polis juga percaya gula tersebut dibawa keluar menggunakan lori persendirian hasil bantuan orang dalam kerana tiada kesan-kesan pencerobohan yang ditemui.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM60,000, katanya.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM