Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Culik Berjaya Diselesaikan Dalam Tempoh 24 Jam

Published: 16 Jun 2014 8.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kurang daripada 24 jam laporan polis dilakukan, pihak polis kontinjen Selangor berjaya menyelesaikan kes yang melibatkan budak lelaki berumur lingkungan umur 5 tahun dilarikan bersama-sama kereta mili..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-culik-berjaya-diselesaikan-dalam-tempoh-24-jam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:57 MYT

SHAH ALAM, 2 DISEMBER - Kurang daripada 24 jam laporan polis dilakukan, pihak polis kontinjen Selangor berjaya menyelesaikan kes yang melibatkan budak lelaki berumur lingkungan umur 5 tahun dilarikan bersama-sama kereta milik ayahnya pada 28 November 2011 jam 9.30 pagi. Rentetan daripada kejadian yang berlaku, satu pasukan telah ditubuhkan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gombak untuk menyiasat kes yang dilaporkan. Pada hari yang sama jam 12.40 tengah hari pihak polis telah menerima makluman daripada orang awam telah menemui mangsa yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Jalan Angsana, Bandar Baru Damansara. Siasatan lanjut, telah berjaya menahan tiga lelaki dan seorang perempuan dalam tangkapan berasingan yang disyaki terlibat dalam kes yang disiasat dan turut merampas beberapa peralatan curi kenderaan. Dalam sidang media yang diadakan, SAC Mohd Adnan bin Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor menyatakan bahawa kumpulan terbabit turut terlibat dalam beberapa kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan. Kesemua saspek kini masih dalam tahanan reman dan disiasat dibawah seksyen 363 / 379 A Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang dan mencuri kenderaan. Dalam kejadian yang berlaku, mangsa telah ditinggalkan dalam kereta di bahu jalan di Desa Jaya dengan keadaan enjin yang masih hidup manakala bapa mangsa keluar membeli makanan di sebuah kedai runcit berdekatan. Dalam sidang media yang sama, Ketua Polis selangor turut menyampaikan sijil penghargaan Ketua Polis Selangor kepada pegawai dan anggota yang terlibat dalam menyelesaikan kes tersebut.

Kes Culik Berjaya Diselesaikan Dalam Tempoh 24 Jam

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM