Artikel
Penjara 2 Tahun Lepas Buang Anak Dalam Semak
Seorang ibu muda, Nurul Izzati Syazwani Zulkarnain, 23 dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Tampin atas kesalahan dengan sengaja menyemb...
TAMPIN
– Seorang ibu muda dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah
Majistret Tampin, di sini semalam atas kesalahan dengan sengaja
menyembunyikan kelahiran seorang bayi dan membuangnya dalam kawasan
semak 22 November lalu.
Tertuduh,
Nurul Izzati Syazwani Zulkarnain, 23, dari Taman Indah, di sini dan
mempunyai dua orang anak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di
hadapan Majistret, Mahyun Yusof.
Berdasarkan
fakta kes, tertuduh mendirikan rumahtangga pada 9 November 2007 kini
dalam proses penceraian dengan suaminya sejak 2009. Bagaimanapun, Mac
lalu, tertuduh berjumpa dengan suami dan melakukan hubungan seks
beberapa kali pada masa tersebut.
Pada bulan sama, tertuduh melakukan hubungan seks dengan rakannya sebelum disahkan mengandung April lalu.
Di kemudian bertindak menyembunyikan kandungannya sehingga November lalu kerana gusar bapanya mungkin membuangnya dari keluarga.
Berdasarkan
fakta kes juga, pada 22 November lalu, antara 2 pagi hingga 7 pagi
tertuduh mulai berasa sakit hendak bersalin sebelum melahirkan bayi
tersebut atas katil dalam biliknya.
Tertuduh
kemudian memasukkan anaknya itu ke dalam beg merah jambu dan beg
tersebut dimasukkan ke dalam beg kerjanya berwarna hitam. Bagaimanapun,
tidak dapat dipastikan sama ada semasa itu anaknya masih hidup atau
sudah meninggal dunia.
Kira-kira
10 pagi hari sama, tertuduh yang bertugas sebagai kerani operasi sebuah
kolej pergi kerja dengan membawa beg hitam terbabit, manakala plastik
hitam mengandungi kain dipenuhi darah serta cadar ke dalam tong sampah
tempat kerjanya.
Manakala, beg hitam yang mengandungi bayi itu terus disimpan di sebelah tepi kaki kerusi dalam tempat kerja sehingga 5 petang.
Sebaik
sahaja tamat kerja sekitar 6 petang, tertuduh pergi ke kawasan semak di
Batu Belang dan membuang anaknya dengan cara menterbalikkan beg merah
jambu berkenaan sehingga anaknya terjatuh ke dalam semak serta membuang
beg merah jambu itu di lokasi sama.
Pada hari sama, ibu tertuduh menjumpai tompokan darah atas tilam tertuduh dan terdapat bau tidak menyenangkan.
Kerana
tidak berpuas hati, ibu tertuduh memanggil anaknya itu pulang sebelum
dihantar ke klinik yang kemudian mengesahkannya sudah mengandung.
Kes
berkenaan dirujuk ke Hospital Melaka dan pemeriksaan mengesahkan
tertuduh telah melahirkan anak menyebabkan doktor yang memeriksa
tertuduh membuat laporan polis 26 November lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zahid Ahmad.

