PETALING
JAYA, 30 November – Hasil pemantauan dan intipan yang dibuat selama
seminggu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
(JSJK) IPK Selangor telah berjaya menumpaskan sindiket DVD haram dan DVD
lucah apabila sebuah premis rumah kedai di PJU 1, Petaling Jaya yang
dijadikan sebagai pusat untuk mencetak
DVD haram dan DVD Lucah telah digempur sepasukan polis daripada JSJK
Selangor yang diketuai oleh ASP Adam Ng Abdullah lebih kurang jam 1.40
tengahari. Dalam serbuan tersebut, pihak polis terpaksa memecahkan 4
halangan pintu kebal sebelum dapat memecah masuk premis tersebut. Hasil
serbuan, polis mendapati terdapat DVD yang telah disalin cetak sedia
untuk dipasarkan serata tempat termasuk Penang, Sg. Petani Kedah, Kota
Bharu Kelantan, Mentakab Pahang, Johor dan Sibu Sarawak. Semasa serbuan
mendapati dua lelaki tempatan berada di dalam premis tersebut. Hasil
pemeriksaan polis berjaya merampas 25,000 DVD haram tanpa Sijil B dan
1,500 DVD lucah, dua buah kereta yang berada di aras bawah premis dan
juga 30 unit mesin penyalin cetak. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai
lebih kurang RM300 ribu. Ini adalah kejayaan terbesar Polis Selangor
bagi tahun 2011 dalam membanteras DVD cetak rompak dan lucah. Kes
disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan 5(2) Akta Penapisan Filem. Siasatan
lanjut masih diteruskan. Ketua Polis Selangor dalam sidang medianya di
premis tersebut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan polis yang
telah menempa kejayaan ini. Beliau berharap usaha seumpama ini dapat
diteruskan dimasa hadapan.

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Premis Dvd Haram Digempur
Hasil pemantauan dan intipan yang dibuat selama seminggu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Selangor telah berjaya menumpaskan sindiket DVD haram dan DVD lucah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/premis-dvd-haram-digempur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.