Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berlangsung di Dewam Theaterette,sekumpulan Pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris telah hadir ke Ibu Pejabat Bukit Aman untuk mendengar taklimat dari Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerjaya-polis-kerjaya-pilihan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:44 MYT

Bukit Aman, 1 Disember 2011 - Warga pendidik juga nampaknya tertarikmembina kerjaya dalam arena kepolisan masakini walaupun antara keduanyadilihatmempunyai perbezaanyang ketara,akan tetapi jika diperhalusi kedua-duanya mempunyai titik persamaan iaitu berfungsimendidik masyarakat.

Berlangsung di Dewan Theaterette,sekumpulan Pelajar daripada Universiti PendidikanSultan Idris telah hadir ke Ibu Pejabat Bukit Aman untuk mendengar taklimat dari Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Norisah binti Ab Hamid yangbertajuk ''Kerjaya Polis Diraja Malaysia''.

Diawal taklimat lagi peserta sudah teruja dengan paparan yang dimulakan dengan sejarah PDRM disamping didedahkan dengan sistem keadilan jenayahdi Malaysia dan kaitannya dengan PDRMsupaya mereka lebih memahami prosedur sebenar siasatansebelum sesuatu hukuman dapatdijatuhkanyang mana ini dilihat penting apabila mereka menjadi pegawai penyiasat PDRM kelak.

Selain itu,penceramah juga memberi penerangan berkenaan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri serta hubungkaitnya. Penerangan ini menjadikanmereka lebihfaham akan kepentingan,perbezaan dan peranan agensi-agensi tersebutdalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Dalam pada itu, mereka turut diberikantaklimat berkenaanhala tuju PDRM 5 tahun akan datangyang sejajar dengan Visi dan Misi PDRMdisamping penerangan berkenaan peranan PDRM megikut Jabatan dan fungsi-fungsinyadilihatsemakin menarik perhatian peserta memahami kerjayasebenardalam PDRM.

Sesi taklimatmenjadi lebih menarik apabila penceramah menerangkan perkara berkenaan pengambilan dan syarat-syarat yang diperlukan dalamlantikansebagaipegawai polis dan keistimewaan yang bakal dinikmati apabila merekabergelar pegawai polis serta cabaran-cabaran yang bakal dilalui apabila berada dalam dunia kepolisan suatu hari nanti.

Diakhir sesi taklimat, peserta diberi peluang untuk sesi soal jawab bersama penceramah sebelum dibawa menjamu selera dan bergambar kenangan bersama pegawai dan anggota yang terlibat.

Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Ketibaan Pelajar UPSI di Dewan Theaterette.

Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Sepanjang sesi taklimat berjalan.

Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Sesi soal jawab bersama penceramah.

Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Supritendan Norisahbinti Ab Hamid selaku penceramahmenerima cenderamata daripada wakil UPSI.

Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Kerjaya Polis Kerjaya Pilihan
Sesi bergambar kenanganpelajar UPSI bersama para pegawai PDRM yang terlibat.

Wartawan: Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi
Jurugambar: Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM