Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Menyokong pengukuhan kerjasama yang sedia ada, pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Rondaan Bersama PDRM-ATM di bawah National Strategy Execution Summit (NSES) di Bandar Baru Sungai Buloh, Sel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/blue-ocean-strategy-dalam-memantapkan-tahap-keselamatan-dan-keamanan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:52 MYT
Selangor - 1 Disember 2011

"... Tidak ada yang mustahil, malah jika menggunakan pemangkin yang betul, air dan minyak juga boleh berbaur di dalam bekas yang sama ...." YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya ketika Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan NSES-NBOS (PDRM-ATM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, 14 Oktober 2011 lalu.

Sebelumnya, Blue Ocean Strategy yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan satu cetusan strategik terbaru dan kerjasama di antara ATM dan PDRM yang telah bermula secara piece-meal dan ad-hoc sejak tahun 1960-an lagi terutamanya dalam konteks membantras ancaman komunis era itu. Di samping itu juga, ia merupakan kerjasama rapat di dalam isu kawalan sempadan - border committee serta dalam bidang percambahan pengetahuan dan kemahiran contohnya Kursus Diploma Kepolisan di Maktab PDRM dan Pengajian Strategi Keselamatan di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).

Menyokong pengukuhan kerjasama yang sedia ada, pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Rondaan Bersama PDRM-ATM di bawah National Strategy Execution Summit (NSES) di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Pendekatan rondaan bersama yang telah diaplikasikan oleh PDRM membabitkan pelaksanaan tugas rondaan polis bersama anggota tentera di beberapa daerah terpilih. Anggota PDRM yang terlibat adalah terdiri dari Tugas Am dan kereta peronda (MPV), manakala anggota ATM pula adalah terdiri daripada Polis Tentera (Military Police) dan Polis Tegimen (Regiment Police) dari Tentera Darat. Di antara tujuan utama rondaan bersama ini adalah untuk meningkatkan Omnipresence dan High Visibility dalam memantapkan tahap keselamatan serta keamanan negara.

Hadir merasmikan majlis ialah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara. Turut hadir adalah Y.Bhg General Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam, Y.Bhg Mejar General Dato' Abdul Rahim bin Haji Mohd Yusuff, Panglima 4 Divisyen, Y.Bhg Tan Sri Robert Phang Miow Sin, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman, YDH DCP Datuk Haji Tun Hisan bin Datuk Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Mejar General Dato' Suhaimi bin Haji Mohd Zuki, Penolong Ketua Staf, Cawangan Operasi Dan Latihan, Markas Tentera Darat, YDH Dato'-dato', Y.Bhg Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, YDH Ketua-ketua Polis Daerah, Dif-dif Jemputan, Pegawai-pegawai Kanan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pengerusi Persatuan-persatuan Penduduk, Wakil-wakil Media dan Penduduk Setempat.

"Kini masyarakat umum amat teruja dengan kehadiran anggota polis dan tentera membuat rondaan jalan kaki, bermotosikal/rondaan berkereta (MPV), mengadakan sekatan jalan raya dan kawal iring di bandar-bandar seperti Ipoh, Taiping, Seremban, Port Dickson, Kota Bharu, Petaling Jaya, Ampang, Johor, Baru Selatan, Seri Alam, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sibu dan pada hari ini dipanjangkan ke daerah ini pula. Kerjasama padu yang terjalin hasil persefahaman dan komitmen jitu yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak ini telah menyumbang kepada penurunan kadar jenayah yang ketara, serta mengurangkan perasaan fear of becoming the victim of crime. Ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi PDRM dan ATM", ujar YDH Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau.

"Akhir kata, marilah kita terus bersama-sama berganding bahu dalam sebarang bentuk kerjasama demi untuk memastikan kesejahteraan orang ramai dan negara sentiasa terpelihara. Semoga kerjasama yang dijalinkan ini akan memperlihatkan keutuhan dan kesepaduan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara yang kita cintai", tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Rondaan Bersama PDRM-ATM.

Hadirin turut dipertontonkan pertunjukan tempur tanpa senjata oleh PDRM dan ATM, diikuti oleh sebuah sketsa kejadian ragut.

Di akhir majlis adalah Upacara Pelepasan yang disempurnakan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Panglima Tentera Darat dengan diiringi oleh YDH Pengarah KDN/KA, YDH Ketua Polis Selangor serta Y.Bhg Panglima 4 Divisyen.

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
YDH Pengarah Pasukan Petugas Khas bersama Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera Darat diiringi oleh YDH Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Y.Bhg Ustaz Mohd Husni bin Ali

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Ucapan perasmian oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Antara yang hadir

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Antara Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Tentera yang hadir

Pertunjukan tempur tanpa senjata oleh PDRM dan ATM diikuti sketsa kejadian ragut

Upacara Pelepasan

Pertukaran Cenderahati kenangan di antara YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Panglima Tentera Darat

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Panglima Tentera Darat

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Sidang media...

Blue Ocean Strategy Dalam Memantapkan Tahap Keselamatan Dan Keamanan Negara
Azlee SENARIO diundang khas bagi menghibur tetamu yang hadir

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Shahreel bin Shahriman
Penyunting : Insp. Norsuzila binti Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM