Budaya Transformasi Dan Kelestarian Tingkat Kualiti Produktiviti Pasukan
Bukit Aman, 30 Nov - "Melalui transformasi, kita hendaklah membudayakan ketepatan dan prestasi tinggi dengan memberi penekanan khas dalam aspek modal insan dan untuk menjamin kelestarian pula, kita mestilah melihat daripada perspektif pembangunan dan pengurusan modal insan," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman, hari ini.
Dalam ucapan tersebut, beliau mengunjurkan pembudayaan ini dalam pasukan kerana dalam konteks PDRM, menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara adalah mandat kepada PDRM oleh kerajaan dan rakyat Malaysia yang juga merupakan ekspektasi stakeholders PDRM, selaras dengan matlamat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."
"Berdasarkan penekanan Kerajaan, sebagai perancangan bagi tahun 2012, saya ingin melihat setiap satu daripada lapan jabatan dalam PDRM mestilah beriltizam untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi yang dapat dinilai secara kuantitatif dan kualitatif," tegas beliau.
"Hanya melalui cara ini kita dapat menilai impak transformasi perkhidmatan awam dan juga kita dapat melihat lonjakan yang nyata yang tidak bersifat incremental, perlahan dan tidak membawa impak seperti yang diharapkan," tambahnya lagi.
Perhimpunan anjuran JSJN ini turut dihadiri YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan dan Pangkat Rendah PDRM serta kakitangan awam.
Kawalan Kehormatan masuk baris...
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim Pengarah JSJN.
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar memberi tabik hormat.
Bacaan doa oleh Insp. Faiz Bin Yusoff
Bacaan Ikrar oleh DSP Ahmad Tarmizi Bin Shaari.
Sekitar Majlis
Wartawan : L/KPL Irfan Bin Bujang
Jurufoto : L/KPL Shareel & Konst. Santher
Penyunting : Cik Siti Fatimah