Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerjasama Dengan Interpol Berjaya Kesan Peserta Bogel

Diterbitkan: 20 Aug 2014 11.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Nibong Tebal, 20 Ogos - Polis mendapat kerjasama penuh daripada polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerjasama-dengan-interpol-berjaya-kesan-peserta-bogel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT

Nibong Tebal, 20 Ogos - Polis mendapat kerjasama penuh daripada polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata kerjasama yang diperoleh daripada Interpol negara-negara terlibat berjaya membantu polis mengesan mereka yang disyaki dan membuatkan mereka tampil bagi membantu siasatan kes itu.

"Interpol Singapura banyak memberi bantuan termasuk maklumat kepada kami untuk membantu siasatan kes ini dan setakat ini dua rakyat negara itu tampil menyerah diri.

"Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan baki empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Thaiveegan ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang baharu iaitu Supt Wan Hassan Wan Ahmad yang menggantikan ACP Shafien Mamat.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.

Setakat ini sembilan individu terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita berusia 24 hingga 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam. 

Thaiveegan berkata kertas siasatan kes itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara dan polis kini menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2014 11.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM