Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Lupus 300kg Dadah Bernilai Rm1 8 Juta

Diterbitkan: 20 Aug 2014 11.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seremban, 20 Ogos - Sebanyak 300 kilogram dadah bernilai kira-kira RM1.8 juta yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lepas, dilupuskan di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn Bhd) di Bukit Nenas dekat sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lupus-300kg-dadah-bernilai-rm1-8-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT

Seremban, 20 Ogos - Sebanyak 300 kilogram dadah bernilai kira-kira RM1.8 juta yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lepas, dilupuskan di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn Bhd) di Bukit Nenas dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur Datuk Aidi Ismail berkatadadah yang dilupuskan itu melibatkan kes yang telah selesai di mahkamah.

"Hari ini kita melupuskan dadah tradisional dan psikotropik terdiri daripada ganja, heroin, candu dan lain-lain...pihak mahkamah telah meminta kita supaya melakukan proses pelupusan itu.

"Jadi, pada kali ini kita menggunakan fasiliti Pusat Kualiti Alam di sini bagi tujuan pembakaran dengan penggunaan teknologi yang lebih bersih, canggih dan tidak membahayakan," katanya dalam sidang akhbar selepas pelupusan dadah itu di Pusat Kualiti Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Environment Group, Khalid Bahsoon berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi menjayakan proses pelupusan dadah itu.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2014 11.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM