Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pindaan Kanun Tatacara Jenayah Kanun Keseksaan Atasi Jenayah Siber

Diterbitkan: 22 Jun 2024 2.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Putrajaya, 22 Jun 2024 - Kerajaan akan memperhalusi pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan bagi menangani jenayah siber yang semakin meningkat dan kompleks seiring perkembangan teknologi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pindaan-kanun-tatacara-jenayah-kanun-keseksaan-atasi-jenayah-siber
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:32 MYT
Putrajaya, 22 Jun 2024 - Kerajaan akan memperhalusi pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan bagi menangani jenayah siber yang semakin meningkat dan kompleks seiring perkembangan teknologi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia hasil perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencadangkan pindaan terhadap undang-undang itu.

Bagaimanapun, katanya, kementerian perlu mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kita mempunyai kekangan dari segi undang-undang sedia ada dan harus melihat semula kuasa terhad polis, terutama pegawai penyiasat.

“Berikutan itu, ada kewajaran untuk PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat kembali (undang-undang sedia ada).
‘Idea ini sudah pernah diangkat sekitar 2018 dan 2019 kerana sudah dijangka trend jenayah komersial yang semakin mencabar dengan kekuatan pasukan selain kekangan undang-undang.

“Trend penipuan semakin canggih dan sofistikated sudah tentu langkah berpeluk tubuh bukan satu pilihan,” katanya merasmikan Perhimpunan Bulanan KDN di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 10 people and text
ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2024 2.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM