Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pusat Sundal Tertua Diserbu Lagi Medan Saji Selera Jijik
Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 - Polis menyerbu sebuah medan selera di Jalan Gelang dan Jalan Kalong sebelum menahan 27 orang termasuk pelayan khidmat pelanggan (GR...
Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 - Polis menyerbu sebuah medan selera di Jalan Gelang dan Jalan Kalong sebelum menahan 27 orang termasuk pelayan khidmat pelanggan (GRO) dan pelacur.
Ketua Penolong Pengarah D7, JSJ Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati premis beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 10 malam.
Menurutnya, premis menjalankan perniagaan berkonsepkan restoran dan kalung bunga serta menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dalam restoran.
“Harga kalungan bunga mengikut warna iaitu RM50 bagi kuning, oren (RM20) dan merah (10) di mana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks dibawa ke bilik sewa di kediaman sebelah premis dengan bayaran RM100.
“Premis menyediakan khidmat GRO dan pelacur dari warganegara Vietnam dan China di mana hasil serbuan berjaya menahan 23 wanita warganegara asing yang digajikan sebagai GRO dan pelacur,” katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.