
Artikel
Posting Pilihan Majlis Pelancaran Program Suntikan Vaksinasi Hpv Peringkat Pdrm
Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman mewakili Pengarah Pengurusan telah merasmika...
Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman mewakili Pengarah Pengurusan telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Suntikan Vaksinasi HPV "Tanpa Meninggalkan Sesiapa, Menoktahkan Kanser Serviks di Malaysia" peringkat Polis Diraja Malaysi (PDRM) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, Semalam.
Program pemberian suntikan vaksin HPV secara percuma ini dijayakan dengan kerjasama rapat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia atau National Cancer Society Malaysia (NCSM) bersama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan tempatan dan ahli-ahli parlimen bagi mengenalpasti golongan wanita dan remaja perempuan yang masih belum dilindungi vaksin HPV di kawasan masing-masing. Inisiatif berkenaan mensasarkan pengurangan risiko golongan wanita menghidapi Kanser serviks.
Hadir sama, Pengarah Urusan NCSM, Profesor Madya Dr. Murallitharan Munisamy, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad, barisan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen PDRM dan para Komandan Institusi Latihan.
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM