
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kawal Sempadan Guna Dron Ai 07082026
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan darat dan perairan negara menerusi penggunaan dron, teknol...
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan darat dan perairan negara menerusi penggunaan dron, teknologi kecerdasan buatan (AI) serta perkongsian risikan dengan negara jiran bagi mengekang penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, PDRM bertanggungjawab mengawal kawasan sempadan negara, manakala pintu masuk rasmi dikendalikan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia bersama agensi penguat kuasa lain.
Beliau berkata, jenayah penyeludupan adalah isu rentas sempadan yang memerlukan kerjasama erat dengan negara jiran bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
"Baru-baru ini saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi di Bangkok yang menghimpunkan Angkatan Tentera Malaysia, PDRM dan rakan sejawat dari Thailand.
"Kedua-dua pihak bersetuju memperkukuh kerjasama keselamatan menerusi operasi bersama, rondaan bersepadu, pertukaran risikan dan mesyuarat berkala bagi meningkatkan keberkesanan membanteras jenayah rentas sempadan," katanya pada sidang media Operasi Taring di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
