
Artikel
Al Fatihah Dan Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa Balai Polis Weston
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk...
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan anggota dari Balai Polis Weston, Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, Sabah, petang semalam.
Dalam insiden tersebut, tiga anggota Balai Polis Weston disahkan meninggal dunia akibat renjatan elektrik. Kehilangan mereka merupakan satu tragedi yang amat dirasai oleh seluruh warga Pasukan.
Semoga semua ahli keluarga yang terkesan diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.