
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Balai Polis Subuh Berdarah Pindah Ke Kompleks Rm20 Juta
Temerloh, 22 Jun 2026 - Balai Polis Kuala Krau, di sini yang pernah menjadi saksi episod hitam ‘subuh berdarah’ ketika era darurat negara, memasuki lembaran ba...
Temerloh, 22 Jun 2026 - Balai Polis Kuala Krau, di sini yang pernah menjadi saksi episod hitam ‘subuh berdarah’ ketika era darurat negara, memasuki lembaran baharu apabila berpindah ke kompleks moden bernilai lebih RM20 juta.
Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman berkata, pembinaan balai polis baharu itu bukan sekadar menaik taraf kemudahan kepolisan, malah menjadi lambang kesinambungan perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan yang pernah mempertahan Kuala Krau daripada ancaman pengganas komunis.
Katanya, Balai Polis Kuala Krau adalah antara premis bersejarah di daerah ini yang beroperasi sejak sebelum kemerdekaan dan memainkan peranan penting menjaga keselamatan masyarakat khususnya sepanjang era darurat.
"Balai ini pernah menjadi sasaran beberapa serangan pengganas komunis pada 1948 dan 1949. Namun, tragedi paling terpahat dalam lipatan sejarah adalah peristiwa ‘subuh berdarah’ pada 11 September 1949.
"Mengimbau ketika itu, kira-kira 30 anggota polis mempertahan balai ini daripada serangan lebih 200 pengganas komunis. Keberanian dan semangat juang yang ditunjukkan warga pasukan keselamatan ketika itu amat luar biasa dan wajar terus dikenang generasi hari ini," katanya ketika berucap merasmikan Balai Polis Kuala Krau baharu.