
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Mulakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Kontinjen Sabah
Kota Kinabalu, 22 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri semalam memulakan...
Kota Kinabalu, 22 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri semalam memulakan lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Sabah yang berlangsung selama empat hari bermula 21 hingga 24 Jun 2026.
Ketibaan beliau bersama delegasi di Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah disambut oleh Komandernya, ACP Ras Nazrin Shah Abdullah.
Lawatan kerja rasmi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan KDNKA dalam meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan serta memperkukuhkan koordinasi operasi di Sabah, khususnya di kawasan-kawasan strategik yang berkepentingan kepada keselamatan negara.
Dato’ Sri Mohd Yusri dijadual mengadakan siri lawatan dan tinjauan operasi di beberapa lokasi termasuk di Sandakan, Semporna dan kawasan sempadan Malaysia-Filipina-Indonesia.
Lawatan tersebut turut melibatkan sesi penyelarasan bersama elemen-elemen di bawah Jabatan KDNKA bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi sentiasa berada pada tahap terbaik dalam mendepani cabaran keselamatan semasa.
Hadir sama, Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Sabah, SAC Datuk Abdul Fuad Abdul Malek, Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Nor Omar Sappi dan warga kerja PGU Pangkalan Sabah.