
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kompaun Maksimum Lebih 700 Kesalahan Jalan Raya Dijangka Naik
Kuala Lumpur, 22 Jun 2026 - Kadar kompaun maksimum bagi lebih 700 kesalahan jalan raya dijangka meningkat kepada RM500 sekiranya pindaan Rang Undang-Undang (RU...
Kuala Lumpur, 22 Jun 2026 - Kadar kompaun maksimum bagi lebih 700 kesalahan jalan raya dijangka meningkat kepada RM500 sekiranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Parlimen.
Kementerian Pengangkutan dijangka membentangkan syor kenaikan kadar baharu itu pada bacaan pertama RUU berkenaan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga 16 Julai depan.
Ketika ini, kompaun maksimum pelbagai saman kesalahan jalan raya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia seperti memandu secara melulu termasuk memecut, tanpa lesen atau cukaijalan sah dan melanggar lampu merah hanyalah RM300.
Bagaimanapun, kadar sedia ada itu dilihat tidak memadai memandangkan kesalahan serius dan berulang sering berlaku dan seolah-olah dipandang remeh oleh ramai pengguna jalan raya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.