Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 32 Warga China Terbabit Aktiviti Pertaruhan Piala Dunia Diberkas

Published: 03 Jul 2026 3.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Kuala Lumpur, 3 Julai 2026 - Seramai 32 warga China ditahan polis sekaligus menumpaskan sindiket pertaruhan Piala Dunia FIFA 2026 secara dalam talian yang beroperasi di sebuah kedai pejabat di Cheras menerusi Op Soga XI awal pagi kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-32-warga-china-terbabit-aktiviti-pertaruhan-piala-dunia-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:16 MYT

Kuala Lumpur, 3 Julai 2026 - Seramai 32 warga China ditahan polis sekaligus menumpaskan sindiket pertaruhan Piala Dunia FIFA 2026 secara dalam talian yang beroperasi di sebuah kedai pejabat di Cheras menerusi Op Soga XI awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus berkata, serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada jam 2.40 pagi itu menahan 29 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan dijadikan pusat operasi untuk menguruskan akaun pelanggan, menyelia transaksi serta mempromosikan aktiviti pertaruhan bola sepak dalam talian.

"Polis turut merampas 28 komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem internet serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.

"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mengendalikan pertaruhan bola sepak menerusi laman sesawang dan pusat operasi itu dipercayai sudah beroperasi sejak tiga minggu lalu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of American football and text that says '420074401413770 S Metro IMetro TAHUN SOCCER WORLDCUP2020 026 01 METOH METO4ИHp NWER 32 WARGA CHIN

May be an image of text that says 'PASUKAN polis menumpaskan sindiket judi dalam talian dengan penahanan diCheras. Aa China Kuala Lumpur sebual xingınan p


ArticlePublished 03 Jul 2026 3.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM