Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jspt Terima Kunjungan Hormat Delegasu Rura

Diterbitkan: 03 Jul 2026 2.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.56 PM
Kuala Lumpur, 3 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali menerima kunjungan hormat daripada delegasi Rwanda Utilities Regulatory Authority (RURA) yang diketuai oleh Commissioner of Information Technology, International Police, ACP Oscar Sakindi di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-terima-kunjungan-hormat-delegasu-rura
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT

Kuala Lumpur, 3 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali menerima kunjungan hormat daripada delegasi Rwanda Utilities Regulatory Authority (RURA) yang diketuai oleh Commissioner of Information Technology, International Police, ACP Oscar Sakindi di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh delegasi BSMART System Solution Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Executive Director, Dr. Ku Azhar Ku Abd Razak.

Pertemuan berkenaan membincangkan kerjasama dua hala antara delegasi JSPT, RURA dan BSMART dengan memfokuskan kepada pertukaran pandangan mengenai amalan terbaik dalam penggunaan teknologi, sistem pemantauan kenderaan, pengurusan data serta pembangunan sistem pengangkutan pintar.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber), JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Shankar Sanrakasa.

ArtikelDiterbitkan 03 Jul 2026 2.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.56 PM