Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Restoran Sup Pedas Kajang merupakan restoran makanan pertama yang membuat kerjasama dengan pihak polis dalam menangani jenayah. Dengan kerjasama seperti ini secara tidak langsung pihak restoran ini ak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keprihatinan-pemilik-restoran-sup-pedas-kajang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:56 MYT
Puchong Jaya, Serdang. 22 Mei 2011, Ketua Polis Balai Polis Puchong Jaya, C/Insp Lokman bin Ahmad telah merasmikan Majlis Community Policing Selangor anjuran sebuah Restoran Sup Pedas Kajang yang baru beroperasi di Jalan Kenari 18B Puchong Jaya. Turut sama menjayakan majlis tersebut ialah Yang Dipertua Community Policing Selangor,  Encik Kuan Chee Heng, pemilik Restoran Sup Pedas Kajang, Encik Mok Kam Loong dan rakan kongsi Encik Yeoh Boon Chuan.
 
Restoran Sup Pedas Kajang merupakan restoran pertama yang memberi komitmen bersama-sama pihak polis dalam menangani jenayah. Dengan kerjasama seperti ini, secara tidak langsung pihak restoran menjadi mata dan telinga kepada polis dan ini dapat mengurangkan kejadian jenayah di sekitar kawasan tersebut serta menjadi contoh kepada premis - premis perniagaan yang lain untuk bersama-sama PDRM mencegah sekaligus membanteras jenayah.
 
Pihak restoran turut menyediakan "PAPAN NOTIS" di hadapan premis yang bertujuan :-
 
  1. Menyebarkan maklumat isu - isu semasa
  2. Mempamerkan maklumat orang - orang yang hilang
  3. Mempamerkan orang - orang yang di kehendaki
  4. Maklumat - maklumat  berkenaan polis
  5. Maklumat - maklumat berkenaan cara - cara  pencegahan jenayah
  6. Memberi nasihat secara bercetak kepada masyarakat
 
Disamping itu, pemilik Restoran Sup Pedas Kajang telah berbesar hati menyumbangkan payung kepada Community Policing Selangor untuk diguna pakai bersama pihak polis terutama di kawasan - kawasan panas yang kerap berlakunya kejadian jenayah seperti pasar pagi, pasar malam dan tempat - tempat tumpuan orang ramai.
 
Kerjasama yang telah terjalin ini akan mengeratkan lagi hubungan pihak polis dan masyarakat selaras dengan konsep 4P yang telah diperkenalkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.


Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
C/Insp Lokman bin Ahmad, KPB Puchong Jaya menyampaikan ucapan perasmian...

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Sumbangan payung oleh Restoran Sup Pedas Kajang...
 
Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Perasmian dan pemotongan reben papan notis oleh C/Insp Lokman bin Ahmad, KPB Puchong Jaya..

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
KPB Puchong Jaya C/Insp Lokman bin Ahmad menampal poster Community Policing....

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Pemilik Restoran mengucapkan terima kasih kepada KPB Puchong Jaya....

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
KPB Puchong Jaya bergambar dengan pemilik Restoran Sup Pedas Kajang....

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang menyampaikan cenderahati kepada KPB Puchong Jaya...

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
KPB Puchong Jaya bergambar kenangan bersama pekerja - pekerja Restoran Sup Pedas Kajang...

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Perbincangan bersama...

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Anggota-anggota polis yang turut hadir..

Keprihatinan Pemilik Restoran Sup Pedas Kajang
Antara yang hadir..


Wartawan/Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM